KUALA LUMPUR:
Hanya lima Ketua Wanita Umno negeri – Melaka, Pahang, Negeri Sembilan,
Johor dan Kedah – yang mempertahankan kedudukan Dato’ Shahrizat Jalil
sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia, ekoran desakan Naib Ketua Wanitanya,
Dato’ Kamilia Ibrahim yang mahu Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai
Ketua Wanita.
Mereka
menegaskan Shahrizat – yang mengumumkan akan berundur dari jawatan
menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam
pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Dato’ Seri Najib
Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka
yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat – juga “terkejut, hairan dan
tidak tahu motif sebenar” mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan
seumpama itu.
“Siapa dia (Kamilia) suruh Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).
“Kita pusing seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada per dana menteri dan Dato’ Shahrizat...
Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti),” tegas Ketua Wanita Umno Pahang Dato’ Rosni Zahari.
Akhbar
The Star 22 Mac lalu, melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya
melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti,
sayap, BN dan kerajaan. Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi “susah
nak kerja” berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan
dengannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.