Pada
19 Februari yang lalu, ahli parlimen Pasir Mas yang tidak menganggotai
mana-mana parti, Ibrahim Ali telah mengumumkan bahawa beliau akan
mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya sejak tahun 2008 yang
lalu, tetapi tidak menyatakan pula sama ada beliau akan bertanding
semula sebagai calon bebas ataupun menyertai mana-mana parti politik
yang pilihan beliau.
Pada pilihanraya umum yang lalu, Ibrahim bertanding
atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimennya atas bantuan dan
sokongan ahli-ahli dan para penyokong PAS di kawasan Pasir Mas, tetapi
tidak pernah memohon menyertai parti tersebut selepas itu.
Pemimpin
pertubuhan perkauman ekstremis Perkasa itu, turut mendakwa sokongan
masyarakat Cina kepadanya turut bertambah dan disebabkan oleh faktor
tersebutlah yang telah mendorong Ibrahim berhasrat untuk bertanding
mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya pada pilihanraya umum
akan datang yang akan bakal diadakan pada bila-bila masa lagi.
Selain
daripada Ibrahim, ahli-ahli parlimen bebas yang lain termasuklah
Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Zahrain Mohamad Hashim (Bayan
Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan
Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Kebetulan pula kesemua ahli-ahli
parlimen bebas ini telah meninggalkan parti asal mereka, PKR selepas
pilihanraya umum tahun 2008 yang lalu.
Halatuju ahli-ahli bebas ini
Persoalannya
adalah sama ada ahli-ahli parlimen bebas ini akan mempertahankan
kerusi parlimen sandangan mereka pada pilihanraya umum yang akan datang
masih menjadi tanda tanya semua pihak dan para pemerhati politik
khususnya.
Pada
bulan Jun 2010, kumpulan ahli-ahli parlimen bebas ini telah
“bergabung” secara tidak formal untuk membentuk sebuah kumpulan yang
bergelar Konsensus Bebas di dalam parlimen bagi mempraktikkan status
bebas mereka. Ahli-ahli Konsensus Bebas ini terdiri daripada Zahrain,
Choo Keong, Zulkifli, Tee Beng dan Mohsin. Ibrahim pula enggan
menyertai konsensus tersebut kerana berpendapat bahawa konsensus itu
tidak memberikan sebarang manfaat kepada beliau.
Yang
menarik perhatian adalah kelima-lima ahli Yang Berhormat ini adalah
berasal daripada parti yang sama, iaitu PKR yang dipimpin oleh Anwar
Ibrahim dan telah meninggalkan PKR setelah dikatakan telah berselisih
dengan ketua pembangkang parlimen tersebut.
Bagi
Tee Beng, setelah meninggalkan PKR, beliau telah menyertai Parti
Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan dilantik menjadi pengerusi KITA
Pulau Pinang. Namun, karier politiknya dalam KITA taman apabila
disingkirkan daripada parti tersebut kerana memberontak menentang
pemimpin KITA Zaid Ibrahim. Sementara itu, Zulkifli kini adalah salah
seorang naib-presiden Perkasa yang kini diterajui oleh Ibrahim Ali.
Berkenaan
dengan kedudukan ahli-ahli parlimen bebas ini, umumnya rakyat
memandang remeh akan status yang mereka pilih sekarang kerana dikatakan
tidak ada halatuju dan perjuangan yang sebenarnya di dalam diri
mereka. Siapakah sebenarnya mereka wakili, apakah konsep dan pendirian
mereka, bagaimana pula dengan fahaman yang mereka pelopori dan apakah
yang mereka dapat tawarkan kepada rakyat itu semuanya masih kabur dan
kurang jelas.
Yang
rakyat ketahui adalah kesemua ahli-ahli bebas ini dahulunya
menganggotai PKR, bertanding atas tiket PKR dan memenangi kerusi
masing-masing atas usaha dan sokongan daripada PKR dan
penyokong-penyokong parti tersebut, dan selepas itu mengkhianati PKR
dengan keluar parti dan kini secara tidak langsung “menyokong” Barisan
Nasional (BN).
Soal
mungkinkah mereka ini akan menyertai Umno ataupun mana-mana parti
komponen BN yang lain sebelum pilihanraya umum yang akan datang masih
menjadi tanda tanya. Sama ada parti-parti komponen BN ini akan
membenarkan para “pengkhianat” ini bertanding semula juga turut menjadi
tanda tanya kerana para pemimpin BN juga dikatakan risau akan isi hati
ahli-ahli bebas ini yang dianggap masih tidak tentu arah dan halatuju
mereka.
Kesetiaan yang tidak jelas
Selain
daripada arah dan halatuju yang tidak jelas pada ahli-ahli parlimen
bebas ini, kesetiaan mereka turut dipersoal ramai pihak berdasarkan
sejarah politik beberapa Yang Berhormat bebas ini.
Zahrain
adalah seorang bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, sementara
Zulkifli yang sebelum menyertai PKR, adalah seorang ahli PAS, manakala
Tee Beng dahulunya adalah ahli Gerakan sebelum menyertai PKR,
meninggalkan parti tersebut dan kemudiannya menyertai KITA yang selepas
itu memecat beliau. Ibrahim pula yang bertanding atas tiket PAS tetapi
tidak menyertai parti tersebut dan kemudiannya menjauhkan dirinya
daripada parti yang pernah mendukungnya.
Jadi
adalah amat jelas sekali label “lompat” itu melekat pada mereka semua
ini walaupun apajua penjelasan yang mereka telah cuba berikan kepada
umum dan para pengundi di kawasan-kawasan mereka khususnya.
Oleh
yang demikian, sememangnya amat sukar untuk mempercayai akan
kredibiliti dan kesetiaan mereka yang sebenarnya dan jika sekiranya
mereka menyatakan pendirian mereka di dalam sesuatu perkara kesetiaan
mereka pada pendirian yang mereka ketengahkan juga perlu diragui
berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah mereka keluarkan pada umum
sebelum ini.
Yang
rakyat akan terus melihat mereka adalah dari segi, kesemua mereka ini
pernah dan banyak kali melompat parti dan itu adalah hakikatnya dan
pada masa yang sama di dalam beberapa siri “lompatan” mereka adakah
soal kewangan turut terlibat di dalam mempengaruhi keputusan mereka
dari masa ke semasa. Itulah yang senantiasa akan menjadi tanda tanya di
samping terus menimbulkan pelbagai keraguan di mata semua pihak akan
keihlasan mereka yang sebenarnya.
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.