SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.
Bekas
menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali
kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung
untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.
“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.
“Di
Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat.
Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.
“Saya
juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu
membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno
berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,”
katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.
52 peratus pengundi bukan Melayu
Beliau
berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja
kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.
Dr
Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam
pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak
BN.
“Ini
kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak
melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi
kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.
Dr
Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh
Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di
negeri itu.
Adun
Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya
menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke
atas.
Pusingan akhir
Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.
“Kena
buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak
ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar
tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.
“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.
Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor.
Bagaimanapun,
bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau
memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama
kekalahan BN.
Penyapu bukan sial
“Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas,” kata beliau.
Dr
Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor
ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak
membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India.
Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan.
“Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.