Bekas
Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa wujud budaya
mempolitikkan isu rasuah semata-mata untuk mencapai matlamat di negara
ini.
Dakwa beliau, budaya itu sampai ke tahap menawarkan undi mereka
untuk dijual kepada pembida tertinggi dalam menunaikan hasrat peribadi
tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
“Oleh itu semua pihak perlu
menyokong segala usaha membanteras rasuah dan tidak mempergunakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan agenda
masing-masing,” dakwanya.
Beliau
membuat dakwaan itu pada syarahan perdana bertajuk Integrity, You
Know It, But Do You Have It? di Universiti Tenaga Nasional, Bangi
semalam.
Dakwaan itu disiarkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.
Justeru,
Tun Hamid (gambar) dilapor mengingatkan masyarakat supaya tidak
memperdagangkan undi masing-masing serta tidak mempolitikkan isu rasuah.
Menurut
beliau, isu rasuah memerlukan keazaman politik bukan sahaja di pihak
memerintah sebaliknya semua pihak yang berkecimpung dalam politik di
negara ini.
Dalam pada itu, katanya, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah (LPPR) pernah melihat kekecewaan pegawai SPRM yang menjalankan tugas dengan tekun dan amanah.
Jelas beliau, pegawai SPRM sepatutnya mendapat sokongan penuh dan
masyarakat perlu sedar pegawai pegawai SPRM melaksanakan tugas dengan
penuh dedikasi dan integriti tanpa memilih bulu dalam tugasan mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.