Dalam kedai itu adalah dua tiga orang berusia antara 50 hingga 60 tahun. Turut sama berada di kedai itu sekumpulan tiga orang anak muda berumur sekitar 30-an.
Saya dan kawan tidak pedulikan kepada tetamu dalam kedai itu. Hinggalah terdengar dialog berbunyi; "Macam mana kelmarin, kenapa sampai tumbuk menumbuk. Katanya sampai bengkak bengkil...?" pertanyaan itu terlantur dari salah seorangnya dalam sling Minang.
Mendengar dialog itu saya berhenti menghirup air, mula memasang telinga untuk mengetahui apa sebenar kisahnya.
"Tak ada pun, cuma soal hutang saja, ketua pemuda minta hutangnya dibayar. Dia upah samseng kampung ini untuk minta hutang. Tak banyak cuma RM600 sahaja," jelas seorang anak muda panjang lebar.
"Habis?" Soal yang seorang lagi penuh minat.
"Orang itu dah bayar sebanyak yang diminta, tetapi samseng itu minta tambah sampai RM1,500 mana dia ada duit, jadi dilempang, ditumbuklah..." jelasnya anak muda itu lagi.
Si bertanya terdiam dan faham cerita berkenaan. Saya yang memasang telinga masih kabur, siapa yang tumbuk siapa dan siapa yang menyuruh samseng tumbuk.
Selepas tiga anak muda itu beredar saya menghampiri ke meja tetamu yang berusia 50 - 60an itu. Dari situ baru saya faham cerita sebenarnya. Menurutnya ketua pemuda salah sebuah cawangan di bahagian berhutang dengan ketua pemuda Umno bahagian sebanyak RM600.
Ketua pemuda minta beberapa kali tetapi si ketua pemuda cawanagn itu liat untuk membayarnya. Ketua pemuda berkenaan lalu mengupah samseng untuk punggut wang berkenaan.
"RM600 sahaja sampai bertumbuk?" Aceh saya.
"Iya RM600 sahaja. Tetapi Encik zaman ni RM600 pun dikira besar. Zaman ekonomi merudum katakan. Zaman Umno sudah tidak ada projek ini sejak Selangor kalah, orang Umno payah cari makanan selama ini mereka cari makan menerusi kroni saja. Kontrek kecil-kecilan semua diberikan kepada kroni parti yang memerintah.," katanya lagi seakan berkhutbah.
"Iya macam dulu juga masa Umno memerintah semua projek diberi kepada kroni Umno, dari baiki longkang sampai kepada kerja buang sampah, semuanya dikaut oleh Umno..kali ini giliran Pakatan Rakyat," balas kawannya seperti menyinis.
saya tidak bersambung mulut lama dengan tetamu restoran itu dan berlalu ke ladang kambing sebaik taukehnya tiba.
Dalam perjalanan ke ladang kambing saya tersenyum sendiri bila mengenang peristiwa itu. Lucu gara-gara RM600 orang boleh upah orang tumbuk kawan dan penyokong sendiri sampai bengkak bengkik. Bayangkan macam mana kalau melibatkan wang sampai RM500 juta. Tentu boleh membunuh?
Mengingati kejadian itu tersendak juga di sudut hati saya apakah sampai ke tahap itu sekali Pemuda Umno Malaysia sekarang ini? Kalau berjumpa dengan Khairy Jamaluddin ketua Umno Malaysia yang tidak ada kuasa ingin saya tanya apakah dia sudah tidak peduli nasib anak buahnya sampai bertumbuk kerana hutang hanya RM600?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.