Friday, August 26, 2011

Harussani Baru Sedar Tembelang Najib Altantuya Rampas Perak??

Beginilah akibatnya sekiranya sesebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat dirampas dan diperintah secara haram.

Bagaimanapun Mufti Perak, Harussani rupa-rupanya baru tersedar dari lena "habuan" yang panjang.

Sesudah Perak tumbang ke tangan Barisan Najis melalui tiga ADUN yang dibeli Najib Altantuya dengan bantuan taikun judi, Vincent Tan Chee Yiuon atau nama timang-timangannya Vinsetan pada 4 Februari 2009, Haramsani tiba-tiba mahu jadi juara mempertahankan agama dan bangsa.

Pendedahan Menteri Besar Sah yang dipilih rakyat, Nizar Jamaluddin pada April lalu semasa sidang DUN Perak yang cuma berjalan selama tiga jam, pun masih tak mampu membangkitkan "nafsu" Haramsani untuk menghentam Najib Altantuya.


Dan ketika tekanan memuncak terhadap Najib Altantuya supaya turun dari kerusi perdana menteri, tiba-tiba Haramsani mahu menggigit tangan "bosnya" yang pernah dipertahankan bermati-matian selama ini.

Apakah muslihat Haramsani di sebalik gesaannya supaya Najib Altantuya memperbaiki perpecahan orang Melayu?

Adakah ada dalang di sebalik kenyataan Haramsani ini?

Siapa sebenarnya??

Zambry Kadir yang memang diketahui tidak sebulu dengan Najib Altantuya yang akan ditendang sebagai Menteri Besar Haram-Jadah bersama dengan restu Muhyiddin Yassin yang semakin bernafsu memerintah Putrajaya?

Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan.

JALAN PULANG


 
PAS Perak menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan.

Ketua Penerangannya Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani (gambar) berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

“Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa pilihan raya umum ke-13.

“Peringatan itu jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah masih dipilih untuk memerintah maka ia akan hanya menjadikan bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur,” kata Ahmad Nuri dalam satu kenyataan.

Merujuk pula kepada kes penyelewengan yang berlaku di Perak, Ahmad Nuri berkata gejala rasuah dalam kepimpinan arisan Nasional (BN) tidak dapat dibendung lagi.

“Kenyataan Harussani bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi.

Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang exco kerajaan negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang exco kerajaan negeri Perak,” katanya.

Tambah beliau, pendedahan penyelewengan yang berlaku di Perak membuktikan kesahihan kenyataan Harussani.

“Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah kerajaan BN yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa.

“Gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak.

Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani,” katanya.

Jalan Pulang

1 comment:

  1. Alhamdulillah semoga Melayu Perak kembali bersatu
    untok majukan umah di Perak. Banyak peluang di Perak ni, tapi tersekat akibat ketuanan melayu yang palsu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.