Tuesday, May 24, 2011

Umno terlibat dalam sindiket membuat kad pengenalan? - M SHAFRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Penglibatan seorang pemuda yang mengaku ahli Umno dari Melaka dalam sindiket membuat kad pengenalan, menimbulkan persoalan adakah benar Umno terbabit dalam kerja yang menyalahi undang-undang itu.

Lelaki itu mengaku mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang wakil rakyat BN di Melaka. Ini menambahkan syak bahawa Umno menjadi dalang kepada kegiatan yang umum mengetahuinya.

Perkara ini didedahkan oleh seorang penduduk tempatan, Mohd Hasli Hassan yang menyertai serbuan di sebuah hotel di Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.
Beliau memberitahu Harakah, pada malam itu beliau menyertai satu mesyuarat penduduk dan kemudian mendapat maklumat terdapat pergerakan yang meragukan di sebuah hotel berhampiran

Katanya, maklumat itu memaklumkan terdapat kumpulan membabitkan warga asing dipercayai menjalankan sindiket membuat kad pengenalan, ada lebih 100 warga asing membuat urusan di bilik atas hotel.

Menurut laporan, urusan telah berjalan sejak jam 9.00 malam lagi dan kemudian beliau bersama penduduk mengambil keputusan untuk menyiasat apa yang sebenarnya terjadi.
“Kami berbincang strategi yang akan di buat. Kemudian mengambil keputusan untuk memerhati dahulu dari jauh dan memantau keadaan sekeliling.

“Apabila telah pasti urusan proses kad pengenalan berjalan, kami ambil keputusan untuk bertindak hubungi polis di samping terus memantau keadaan yang ada,” kata Mohd Hasli.

Pada pemerhatian beliau, ada tiga bilik hotel itu yang digunakan bagi menjalankan urusan membuat kad pengenalan tersebut.

Apabila polis datang, mereka kelihatan tidak mahu bertindak dan dengan itu memaksa kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Jelasnya lagi, beliau mengetuk pintu dan apabila pintu di buka beberapa sahabatnya sempat mengambil gambar dan kelihatan memang benar urusan membuat kad pengenalan dijalankan di situ.

Mereka yang disyaki kelam kabut apabila menyedari kehadiran kami, dan terus berlari keluar dari bilik hotel dengan membawa semua dokumen yang ada.

“Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika urusan itu berjalan. Mereka cuba menghalang dari gambar diambil tetapi gagal,” katanya lagi.

Mohd Hasli hairan, jika benar ia satu urusan yang sah dari segi undang-undang mengapa mereka perlu takut dan melarikan diri dan mengapa dijalankan pada waktu malam?
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.