Tuesday, November 30, 2010

TERKINI BERAHIM ALI, RINDU PULA KAT SUARANYA.....Apa kabar Dato Him...

Sejak keluar Hospital Ampang Puteri hujung Oktober lalu, khabar mengenai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali terus sepi. Makanya ada yang pandai-pandai dok tulis kononnya Presiden Perkasa itu kronik dan sebagainya.

Bagi membuktikan Dato Him okay, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah bawa kawan-kawan blogger ziarah Dato Him di rumahnya di Taman Melawati,dekat Kuala Lumpur Sabtu. Menurut Armand dalam pertemuan itu Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan kembali aktif dalam politik dan NGO tidak lama lagi. "Dato Him akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk jelaskan kepada umum agenda beliau untuk perkukuh ekonomi golongan bumiputera.

Agenda ini adalah ilham yang dikumpulkan oleh beliau sepanjang beliau berehat sejak menjalani pembedahan jantung 18 Oktober lalu," kata Armand.

/Agendadaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.