Monday, November 1, 2010

TANAH MELAYU DI PENANG - UMNO MENGESAHKAN BUKAN SALAH PAKATAN


Ulasan Aku : Berkurangnya keluasan tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Penang bukannya bermula di era pentadbiran Pakatan. Statistik yang didedahkan oleh ADUN Pulau Betong adalah statistik yang benar dan bukan palsu. Kemerosotan ini bermula sejak era pentadbiran BN dan berterusan sehingga sekarang.

ADUN Pulau Betong telah meludah ke muka sendiri dan telah mendedahkan kebejatan ketamakan UMNO dengan berselindung di sebalik UDA.

Semua orang tahu tetapi masih termakan pujuk rayu lanun lanun UMNO...but...itu dulu.....now no more. 11 ekor ADUN UMNO yang masih berbaki akan dijadikan lauk paling sedap ketika PRU nanti. Resepinya masih rahsia tetapi yang pastinya mereka akan kita laukkan.

GPMS SALAHKAN UDA

GEORGETOWN - Isu penyusutan tanah milik Melayu di negeri ini yang hanya tinggal 20 peratus sebagaimana yang didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan bagi mengelak terjadi situasi yang lebih buruk termasuk Pulau Pinang menjadi ‘Singapura kedua’.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim yang mengingatkan demikian berkata, satu usaha drastik perlu dilakukan bagi menyelamatkan tanah milik orang Melayu yang tergadai gara-gara agenda pembangunan pihak swasta.

“Dalam hal ini, saya lihat UDA Holdings perlu dipersalahkan apabila pihak berkenaan gagal berfungsi dalam memartabatkan Melayu khususnya dalam hal hartanah ini. Lagipun mereka sudah lama diberi peranan untuk menguruskan tanah hak milik orang Melayu Pulau Pinang. UDA diberi amanah untuk membangunkan tanah orang Melayu bagi tujuan ekonomi orang Melayu sendiri namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

“Masalah berlaku apabila UDA menjalankan projek pembangunan yang dijual bertaraf tinggi yang tidak mampu dibeli orang Melayu,” katanya.

Mengambil contoh apa yang terjadi di Tanjung Tokong, Jais berkata, UDA seolah-olah mahu mengusir orang Melayu dari kawasan itu selain meminggirkan penduduk setempat daripada arus pembangunan.

“Saya percaya, ia berpunca dari individu-individu yang menguruskan UDA itu sendiri yang sangat pentingkan diri sendiri yang tidak memahami aspirasi dan kepentingan orang Melayu,” katanya.

Menurutnya, orang Melayu sendiri juga perlu membetulkan sikap yang dilihat terlalu memikirkan keuntungan jangka pendek tanpa pendek, menerima tawaran tinggi pemaju.

Sinar Harian Posted by Amir Bani Salim at 11:13 AM 

1 comment:

  1. MELAYU BARU ORANG BAYAN BARU YANG SUKA MELOMPAT ITU LA HAKIKAT NYA SENDIRI SALAH TUDING JARI ORANG LAIN SALAH......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.