Sunday, October 31, 2010

Najib Ni Ada Akai Atau Tidak...????



HANOI 29 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia membantu Indonesia menghadapi bencana berganda yang dihadapinya jika mendapat permintaan khusus daripada republik itu.

Menurut Perdana Menteri, negara-negara ASEAN juga bersikap terbuka dan sedia memberi bantuan, walaupun secara khusus perkara itu tidak dibincangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 yang berlangsung di sini.

''Kalau ada permintaan khusus dari Indonesia, kita (ASEAN) sedia membantu. Malaysia juga sama," tegasnya kepada wartawan Malaysia pada akhir hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17, di sini, hari ini.

Bantuan itu merujuk kepada bencana alam yang melanda Indonesia iaitu kejadian gempa bumi dan tsunami di kepulauan Mentawi, kepulauan terpencil di barat Indonesia yang meragut ratusan nyawa. Selain itu, letusan Gunung Merapi di Sleman, Yogjakarta turut megorbankan 33 orang penduduk akibat hamburan debu panas.

Beliau menegaskan, walaupun setakat ini Malaysia belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semasa persidangan ini.

''Kita akan lihat apa bantuan yang diperlukan dari negara kita," ujarnya lagi.

Susilo yang tiba di sini, Selasa lalu dalam rangka lawatan rasmi bagi majlis penyerahan tugas Pengerusi ASEAN dan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 terpaksa memendekkan lawatan dan berlepas pulang Rabu lalu ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Indonesia, Isnin lalu.

Bagaimanapun beliau kembali semula menghadiri sidang kemuncak tersebut petang ini dan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa Bersatu-ASEAN Ke-13 pada sebelah malamnya. - Utusan.

So... apa pendapat lu orang..., perlukah kita membantu Indonesia setelah apa yang rakyat mereka katakan pada Malaysia. "Ganyang Malaysia"... perghhhh.... sekarang ini siapa yang kena Ganyang... hahaha....

Yang si Najib ni pulak.... rakyat dalam Malaysia masih ramai yang merempat, lagi ada hati nak 'offer' bantuan pada rakyat luar... ada akai ka... tadak..??? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.