Wednesday, November 24, 2010

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pelaburan Selangor tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM, 24 Nov – Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang merudum pada suku ketiga tahun ini kepada 5.3 peratus tidak menjejaskan keyakinan para pelabur untuk menambahkan pelaburan mereka di negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan statistik terkini Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010, Selangor mencatatkan RM5.67 bilion dan merupakan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia.

“ Selangor mempunyai 222 pelabur yang mempunyai potensi pekerjaan 14,000 dan jumlah pelaburan negeri Selangor melebihi RM5.6 bilion..dan tertinggi di Malaysia dan di ikuti dengan RM2.9 bilion.” Ujar beliau ketika merasmikan seminar mengenai teknologi hijau bertemakan “ Ke Arah Pertumbuhan Ekonomi Lestari” di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, semalam.

Turut hadir pada seminar tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Khalid turut menyatakan daripada jumlah pelaburan tersebut, 44 peratus atau RM2.49 bilion ada melalui pelaburan tempatan dan pelaburan asing dari Singapura, Jepun, Australia, Korea Selatan dan United Kingdom berjumlah 56 peratus atau RM3.17 bilion.

Katanya lagi, Selangor juga menawarkan lebih 14,000 peluang pekerjaan sepanjang lapan bulan pertama bagi tahun ini menerusi 222 projek dan beberapa pelaburan akan datang juga bakal memperlihatkan penglibatan dalam pembangunan teknologi dan sumber manusia.

Justeru, berdasarkan jumlah perolehan pelaburan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, beliau yakin kerajaan negeri dapat memenuhi sasaran RM10 bilion yang dianjurkannya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.