"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,".Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan.
Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama.
Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir.
Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama.
Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir.
"Tetapi di sini (Semenanjung) ada pilihan," katanya.
Dr Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lepas tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.
Katanya kerajaan Barisan Nasional masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.
"Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.
"Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman Selasa.
Sementara itu ditanya mengenai gesaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang ke luar negara untuk elaknya dari memburukkan lagi negara Dr Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepadanya maka kerajaan tidak perlu bimbang.
Lagipun, katanya jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.
"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya.
Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendapat imej yang negatif.
Dr Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.
Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.
"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan.
"Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.-23/11/2010 ~~ Agenda Daily
"Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.-23/11/2010 ~~ Agenda Daily
entah lee... tapi bank kecik telan bank besar dah belaku kat mesia semasa negara tengah gawat duluuu... begabung kate peminpin ituuuuu .... jadi ape ke mustahil parti besar masukkk parti kecik? lagi pon UMNOK rasa besar sgt lagi ke sekarang neeh ... kompang je lebihhhh. Mesia2.... tanahairku tercinta. 1 lagi TMM itu dinasihatkan juga supaya bertobat.... sbb TMM lee orang melayu pecah belah... pooo daaah
ReplyDeleteSokong 100% ibnuomar. Madey lah perosak segala2 nya dalam negara ini, Kehakiman, PDRM, SPR, SPRM semua nya dah hancur..betul kata Almarhum YM Tengku Abdul Rahman,"Sampah yang saya dah buang, buat apa hangpa pi kutip"...Mahathir ibarat sampah kepada YM Tengku. Nah sekarang ini lah akibatnya..
ReplyDelete