Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Senator Dr Syed Husi Ali menegaskan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu dan 'ketuanan Melayu' tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya 'kedudukan istimewa', telah mengoncang pendapat golongan yang berfikiran sempit.
"Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yangdibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa. "Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai telah menyengat dan mengena tepat pada sasaran.
"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," kata Dr Syed Husin dalam kenyataannya hari ini," tegas beliau. Beliau berkata prinsip Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAkatan Rakyat ialah mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.
Posted by BTMMARI
Saudari,
ReplyDeleteBelum penah saya jumpa seorang pemimpin wanita setahun jagung, yang cabar pemimpin veteran berdebat. Cabaran itu tak disambut pun, Ini adalah jelas si penakut itu tak dapat menutup bangkai gajah dengan daun nyiru.
Saya amat faham dan berpengetahuan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak ada pun mencatitkan hak istimewa Melayu, kecuali kedudukan istimewanya sahaja.
Tepat sekali Perlembagaan Malaysia boleh dipinda, saya tahu banyak kali dipindah, terutama sekali masa TDM, tetapi saya dan mungkin majoriti warga Malaysia tidak tahu jumlahnya begitu banyak sekali.
Era kini, dunia dah berubah tak ada sempadan lagi, persaingan bukan saya dan anda, tetapi seluruh warga DUNIA. Malaysia harus berubah corak dan warganya mesti di ubah supaya menjadi lebih progresif dan berdaya saing..
Kenapa Ibrahim Katak ni, melalak sana dan sini, seolah olah artikel 153 dah dimansuhkan.Kalau jujur dan ikhlas, kenapa tak nak berdebat, jangan pilih orang, dengan pemimpin setahun jagung pun tak berani, takut tumbang, bertambah malu kot...Sekadar debat bersopan, apa salahnya.
Kepada : PW Chiang - Jelas sekali peluang kita untuk memenangkan Pakatan Rakyat sudah cerah, hanya segelintir rakyat yang masih bersekongkol dengan UMNO/BN - kita harus berkerja keras bersama untuk menamatkan Parti Puaka UBN pada PRU 13. Apa yang kita mahu adalah JUSTICE FOR ALL MALAYSIANS. Tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan,Iban dan lain lain - negara ini kepunyaan kita bersama.
ReplyDeleteLAWAN TETAP LAWAN