Wednesday, September 1, 2010

PENGUSAHA BLACK MONEY DI TANGKAP DI THAILAND - SINDIKET BLACK MONEY TUMPAS

100,000 keping kertas bercetak AS$1 ditemui di rumah tiga pelajar Nigeria

KAJANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket 'black money', berikutan penahanan tiga pelajar kolej swasta dari Nigeria dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sungai Long di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, kira-kira 100,000 keping kertas bercetak AS$1 dengan nilai pasaran tempatan RM342,000 ditemui disembunyikan dalam dua beg pakaian, selain pelbagai peralatan membuat wang palsu.

Antaranya mesin pengimbas, set komputer dan botol plastik mengandungi bahan kimia di salah sebuah bilik di rumah itu yang dipercayai disewa tiga pelajar asing terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata siasatan mendapati wang palsu itu dipercayai bukan untuk diedarkan kepada pelanggan seperti kebiasaannya, sebaliknya digunakan untuk memperdayakan mangsa mereka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.