Wednesday, September 1, 2010

INI KAH ERTI KEMERDEKAAN ?






Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini. Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi. Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya”.

Terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais. Kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan. Pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais.

***inikah bentuk kemerdekaan yang difahami oleh generasi muda Malaysia hari ini. menunggu hingga detik 12 malam bersama-sama pasangan, kemudian meneruskan 'kemerdekaan' mereka di tempat-tempat yang sesuai. yang berpasangan akan berzina, yang bujangan akan merempit di jalanan hingga ke subuh. kemudian siangnya tidurlah hingga ketengah hari. kalau begini keadaannya kita kibarkanlah sejuta helai jalur gemilang, kita dendangkan beribu-ribu lagu patriotik, kita laungan kalimah MERDEKA hingga berbuih mulut, tidak ada guna dan kesannya kepada generasi muda Malaysia yang kian rosak moral dan akhlaknya***

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Dicatat oleh orangkasai

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.