Sunday, April 4, 2010

Jangan hanya duk nak ngampu Najib saja

Siapa wakil Rembau? Ahli Parlimen Rembau sibuk buat apa? Jangan hanya duk nak ngampu Najib saja semata-mata mahu dilihat penyokong Najib. Padahal mahu bodek jadi menteri.

Yalah kan, dah jadi Ketua Pemuda, tapi tidak juga dilantik sebagai menteri. Pastu, mulalah ke sana ke mari duk ngampu Najib. Tak cukup dengan sokong 1Malaysia Najib, pastu sibuk pertahankan APCO, konsultan Yahudi yang diambil sebagai penasihat 1Malaysia.

Sibuk sangat mengampu, sampai kawasan yang diwakilinya pun tak sempat nak lawat. Rakyat kawasannya diabaikan. Bagi puak-puak ni, yang penting poket penuh, rakyat diabaikan. Jadi, mana gagasan 1Malaysia yang korang canang-canangkan. Konon rakyat didahulukan, pencapaian diutama. piirah!

Menurut laporan sinar harian, di Rembau (Parlimen yang diwakili Khairi Jamaluddin), kesempitan hidup menyebabkan sepasang: suami isteri yang memiliki tujuh anak hidup dalam keadaan serba daif di Kampung Gadong.

Hamidah Hamid, 48, berkata, rumah diduduki mereka sekeluarga kini mengalami kerosakan teruk terutama pada atap rumah kerana bocor dan reput sehingga menyebabkan rumah dimasuki air setiap kali hujan.

Menurutnya, mereka sekeluarga menyewa rumah itu sejak lima tahun lalu dan terpaksa berdepan masalah itu beberapa tahun lalu sehingga kini.

“Akibat tidak mampu membaiki bumbung yang rosak kami sekeluarga terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa.

“Lihatlah keadaan rumah kami, hujan baru berhenti tetapi setiap inci rumah basah. Saya terpaksa menadah dengan besen tetapi air tetap masuk ke rumah,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gadong pada Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Hamidah berkata, sistem pendawaian elektrik mengalami kerosakan di kebanyakan bahagian suis utama menyebabkan kipas dan lampu di dalam rumah tidak berfungsi.

“Setiap malam hanya cahaya lilin menerangi kami sekeluarga kerana suis rosak. Saya memang tidak mampu baiki kerosakan ini. Jadi kami menggunakan lilin,” katanya.

Menurutnya, suaminya hanya bekerja di kedai makan dan pendapatannya tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah bagi menambah pendapatan sedia ada.

“Berapa sangatlah pendapatan diperoleh kerana hanya cukup untuk membeli keperluan harian sehingga kadangkala makan pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya.

Dia turut menyatakan rasa bimbang apabila dua daripada tiga anaknya yang masih bersekolah enggan meneruskan persekolahan kerana hilang minat belajar menyebabkan dia menjadi runsing memikirkan masa depan mereka.

“Masing-masing anak saya berumur 16 dan 14 tahun tidak berminat sambung belajar apatah lagi anak saya yang berumur 14 tahun mengalami masalah lembam.

“Dia hanya minat melukis dan suka menyisihkan diri disebabkan itu dia tidak mahu ke sekolah kerana berasa rendah diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.