Sunday, April 4, 2010

Isteri Ketua Cawangan Umno cuba membogelkan wanita di Johor


Seorang wanita yang didakwa isteri kepada seorang Ketua Cawangan Umno dari Johor bersama seorang rakannya telah bertindak di luar batasan manusia waras apabila cuba bertindak melondeh pakaian seorang wanita dengan tujuan untuk membogelkannya.

Menurut mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu, isteri Ketua Cawangan Umno itu telah mendatangi beliau untuk menarik pakaiannya dengan niat untuk membogelkannya, namun secara tiba-tiba, perlakuan itu dihentikan kerana anak jiran wanita terbabit keluar.


Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat (gambar kanan) dalam blognya, beliau telah didatangi seorang wanita bersama suaminya mengadu perlakuan buruk yang dilakukan isteri Ketua Cawangan Umno itu malam tadi.
“Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya”, kata Suhaizan. “Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya.

Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu.
“Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain”, jelasnya lagi dalam blog http://kentong-suhaizan.blogspot.com. Difahamkan, tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini.

Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.
Menurut Suhaizan lagi, isteri Ketua Cawangan Umno itu bertindak mengugut mangsa untuk membogelkannya kembali di khalayak ramai jika mereka bertemu lagi selepas tindakan pertamanya untuk membogelkan wanita itu tidak kesampaian kerana anak jiran wanita nampak.

Isteri Ketua Cawangan Umno itu juga mengugut untuk menarik bantuan sekolah anak wanita terbabit.
“Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi. “Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini”, jelas Suhaizan dalam blognya. Suhaizan juga menjelaskan wanita itu berada dalam keadaan yang malu, geram dan benci.

“Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini. “Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya. “Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku”, jelasnya lagi. Menurut Suhaizan yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, semua rakaman perbualan dan gambar berkaitan aduan itu ada dalam simpanan beliau.

Sambil menyatakan, menunggu masa untuk dikeluarkan..warkahdaily
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.