Sunday, December 6, 2009

Yusmadi : Minta Bantuan PKR, SPRM Belum Sedia Selesai Kes PI Bala

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat masih belum bersedia menangani kes rakaman pengakuan P Balasubramaniam mengenai hubungan Perdana Menteri Najib Razak dengan wanita mongolia Altantuya Shaaribuu.
Tindakan itu jelas apabila suruhanjaya berkenaan meminta bantuan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesan Bala bagi membolehkan SPRM menyelesaikan antara kes terpenting negara itu. Ahli palimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, SPRM sepatutnya lebih kehadapan dalam hal ini kerana kisah Bala telah lama menghiasi ruang maya sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. “Pada pandangan saya ini adalah reaksi SPRM yang dilihat tidak bersedia, dan tidak melihat isu Bala ini sebagai sesuatu isu yang amat penting kerana pada pandangan saya, isu Bala ini telah timbul sejak sekian lama,"katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai, tindakan SPRM meminta bantuan PKR untuk mengesan Bala apabila laporan berkenaan video klip pengakuan penyiasat persendirian itu dilaporkan kepada suruhanjaya berkenaan oleh Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat 2 Disember lalu. Sebagai seorang peguam, Yusmadi berpandangan dari sudut prundangan SPRM boleh mengemukakan permintaan untuk mendapatkan bantuan seperti itu. Namun katanya, sebagai badanpenyiasat yang lebih arif dan kes berkenaan turut melibatkan reputasi Najib, SPRM sewajarnya bertidak pantas menyelesaikan kes tersebut.
“Pada pandangan saya, apabila SPRM memerlukan bantuan, ia betul dari segi perundangan sesiapa sahaja boleh membantu untuk memberikan kerjasama cumanya di sini, saya melihat di sini sepatutnya SPRM itu lebih proaktif. Sepatutnya menunjukkan kelebihannya sebagai badan yang telah diangkat sebagai suruhanjaya untuk menyelesaikan permasalahan rasuah dalam negara.“Dia (SPRM) bukan sahaja lebih tahu pada pandangan saya, tetapi dia (SPRM) patut lebih lengkap dari segi kepakaran dia (SPRM),"katanya.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.