Sunday, December 6, 2009

MB: Isu Kampung Kerinchi, PKNS akan beri penjelasan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memberi penjelasan terhadap status milikan pangsapuri kos rendah Kampung Kerinchi.
Selaku Pengerusi PKNS, Khalid menjelaskan PKNS kini tidak lagi mempunyai kuasa terhadap status pemilikan tanah mahupun pangsapuri berkenaan kerana ia telah dipindahmilik kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bagaimanapun katanya pihaknya akan meniliti kandungan memorandum berkenaan dan memikirkan bantuan yang boleh diberikan kepada penduduk di situ. "Saya ingin menyatakan di sini bahawa PKNS sudah tidak mempunyai kuasa yang besar dalam perkara ini, sebab kampung Kerinchi ini sudah masuk dalam kekuasaan DBKL," katanya."Walaubagaimanapun, kita akan membacanya dan menengok apakah yang boleh kita lakukan. Asalnya ialah bawah pemerintahan PKNS tetapi ia sudah dijual kepada mereka ini," tambah beliau lagi. Beliau berkata demikian mengulas mengenai penyerahan memorandum yang diserahkan penduduk Kampung Kerinchi semalam.
Memorandum berkenaan meminta campur tangan Khalid sebagai Pengerusi PKNS bagi menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk di sana yang tidak diberikan pemilikan secara strata. Kandungan memorandum tersebut juga membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengusir penduduk pangsapuri Kampung Kerinchi dengan alasan tanah tersebut akan dibangunkan semula.-Hadri Yaziz
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.