Thursday, December 3, 2009

ISU SEMASA : Terkini Melibatkan Intergriti Pemimpin Malaysia

Melihatkan kepada beberapa isu moral melibatkan beberapa pemimpin Malaysia seperti contohnya Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikaitkan dengan laporan pemergian beliau bagi menunaikan ibadah haji musim ini telah dibiayai oleh sebuah syarikat. Dan isu ini telah menjadi perhatian di dalam akhbar Utusan Malaysia. Saya juga mencari-cari juga kalau-kalau ada diselitkan kes yang melibatkan percutian Disneyland yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor sebelum ini. Tetapi, malangnya tidak dijumpai.
Ini kerana, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat) baru sahaja secara detail mendedahkan bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, telah membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland. Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: 1. Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir –Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji. 2. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. 3. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
4. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000. Satu lagi kes melibatkan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Hj. Mohamad Hasan yang dikatakan menyalahi undang-undang perbankan negara dengan dipercayai memindahkan dana sebanyak RM10 juta melalui pertukaran wang pada tahun 2008, seperti yang telah didakwa oleh pengarah strategi PKR Tian Chua Tian Chua menambah, bank Pusat mendapati bahawa Mohd Hasan telah menggunakan khidmat Ali Salamath Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan sejumlah wang ke London. Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia telah melucutkan izin pertukaran wang daripada Money Changer Salamath Ali dan 19 orang lain di bawah. Walaubagaimanapun kes ini tidak kelihatan dan dimuatkan dalam akhbar tempatan.
Manakala kes yang melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah mendapat perhatian di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia yang mana Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa beliau telah menerima satu kiriman yang mengandungi dokumen berkaitan dengan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Azmin, isterinya Shamsidar Tahrin dan Jamal Tahrin bernilai RM8.5 juta dari tahun 1992 sehingga 1994. P/S : Sebenarnya, tidak perlu “pilih bulu” dalam menjalankan siasatan. Salah tetap salah. Tidak kira setinggi mana pun kedudukan, kewangannya mahupun daripada parti politik mana sekalipun. Kenapa mesti ada kes yang tertinggal dan juga kelihatan seperti sengaja dilambatkan siasatan? PP/S : Kalau nak telanjang kes pemimpin, telanjangkan betul-betul. Jangan nak telanjangkan pun, masih “memilih punggung”.
sumber: beritasemasa.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.