Thursday, December 3, 2009

Isu Royalti Petroleum Kelantan, Tengku Faris Minta Petronas Bayar

Siapa yang “tidak terasa”, jika sesuatu yang sepatutnya menjadi hak kita bersama bertahun lamanya dinafikan. Sampai ke hari ini, kerajaan Malaysia masih terus diam membisu seribu bahasa, dan tiap kali diajukan pertanyaan hanya terpacul dari mulut mereka, hanyalah siasat dan terus menyisat. Disebabkan itu, Pemangku Raja Kelantan tampil meminta Petronas membayar royalti petroleum Kelantan dengan segera.
Baginda bertitah ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepatutnya isu royalti petroleum Kelantan tidak timbul sekiranya kerajaan Malaysia mengikut perjanjian yang cukup jelas seperti yang telah termaktub di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas pada tahun 1975. Jika kita flashback semula, perjanjian yang berlangsung pada 9 Mei 1975 di antara Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada masa itu, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dengan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian untuk disesuaikan dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974. Antara lain, perjanjian ini telah memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas. Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”Kalau merujuk kepada data dripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan untuk pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
Dianggarkan di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Banyak bukan?
sumber: berita.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.