Sunday, June 7, 2015

Surat Terbuka Kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Ahad, 7 Jun 2015 



Kepimpinan PAS 2015-2018:

Surat terbuka kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat Farel Dedek Pemilihan PAS 2015 menyaksikan semua kelompok yang cuba membawa politik baru ke dalam PAS ditolak sepenuhnya, kesemua sayap PAS termasuk Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat dikuasai golongan ortodoks.

Kekalahan kelompok progresif ini memberi impak yang sangat besar kepada kerjasama politik PAS dengan keADILan dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Kekalahan kelompok yang mahu membawa semagat reformasi ke dalam PAS ini mengecewakan sebahagian besar bangsa Malaysia kerana mereka dikencudangkan dan dibunuh karekter mereka golongan pedagang agama.

Mereka di labelkan dengan pelbagai tuduhan menjijikan golongan pedagang agama ini.

Mereka ditolol dan dibaruakan Tok Guru yang pondokya di Rusila Terengganu, malahan ada yang dibaruakan itu adalah bekas pemimpin Jemaah Islam yang punya sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat islam di Malaysia.

Dengan barisan kepimpinan yang baru dipilih ini apakah corak pendekatan yang mahu dibawa PAS sama ada terus bersama Pakatan Rakyat atau bergerak bersendirian dan yang lebih sensasi serta popular dengan golongan ini adalah menghulurkan salam perpaduan dengan Umno tetapi jika pendekatan perpaduan bersama Umno ini diambil adalah satu tindakan yang sangat naïf disaat Umno itu sendiri terpecah.

Disaat Negara di himpit dengan pelbagai masalah seperti 1MDB mampukah golongan ini menjadi jurubicara rakyat untuk membicarakan soal ini, bukan mahu memperlekehkan kemampuan mereka tetapi “track record” dijadikan ukuran untuk mengharapkan golongan ini mampu menangani isu-isu kritikal membabitkan tadbir urus Negara.

Dalam QS Al-Qashash: 26, Allah SWT berfirman: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat (al-qawiyy) lagi dapat dipercaya (al-amin)".

Jika ayat ini di jadikan rujukan perwakilan PAS maka inshallah PAS akan menjadi parti yang mampu mecorak suasana politik berteraskan Islam yang menjadi parti politik arus perdana pilihan bangsa Malaysia tetapi malangnya majoriti perwakilan PAS pada kali ini sudah ditunjukan “wahyu” siapakah yang patut dipilih untuk memimpin PAS.

Situasi kepimpinan PAS ini sangat memberi kesan kepada koalisi politik Pakatan Rakyat. Majlis Presiden Pakatan Rakyat patut bermesyuarat dan Presiden PAS perlu dipaksa hadir kerana seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat patut diberitahu tentang pendirian sebenar PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Jika PAS mahu terus bersama Pakatan Rakyat tunjukan semangat berpakat bersama rakan-rakan yang lain serta tumpukan permasalahan pokok yang dipersetujui bersama untuk menjaga kepentingan rakyat dan Negara tetapi jika masih berdolak-dalik dan punyai agenda yang tersembunyi yang lain tinggalkanlah mereka biarkan mereka menjual ayat-ayat agama untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Pakatan Rakyat adalah satu alternatif terbaik rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional jadi Pakatan ini harus disertai parti-parti yang benar ikhlas dengan perjanjian yang dimetrai serta ingatlah amanat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pakatan ini harus dipelihara untuk mengangkat karamah insaniah setiap bangsa Malaysia.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.