KOMEN: Nampaknya tempoh 'bulan madu' pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat, yang menempuh 'kebahagiaan berumahtangga’ berikutan tsunami politik tahun 2008 mungkin akan tamat tidak lama lagi, dan PKR Selangor perlu memilih antara PAS dan DAP yang telah berenggang.
Apa yang jelas daripada petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh kedua-dua bekas rakan sepakat ini, adalah PKR tidak boleh 'berpoligami' di negeri industri ini, kerana ia mesti memilih antara kedua-duanya. "...
Jika dia memilih DAP, maka PAS perlu menarik diri. Tetapi jika dia memilih PAS, maka DAP perlu keluar," ini adalah 'kata dua' yang disampaikan oleh DAP Selangor kepada kepimpinan PKR negeri ini.
Tony PuaTony Pua Seperti yang dilaporkan oleh theSundaily, ketua DAP negeri Tony Pua berkata sedemikian sebagai mengulas pendapat ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bahawa PKR, yang memimpin kerajaan negeri, kini perlu membuat pilihan di antara kedua-duanya.
Jika keputusan tidak dibuat, kata Pua, ia bukan sahaja tidak baik kepada kerajaan negeri tetapi juga bagi parti-parti individu yang membentuk pakatan itu, dan ini akan melemahkan parti mereka.
Menteri Besar, Azmin Ali dari PKR sebelum ini telah memberitahu parti-parti itu yang mereka tidak boleh lupa bahawa mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Azmin dilaporkan mahu kedua-dua parti ini menghentikan persengketaan mereka, dan terus berkhidmat kepada rakyat.
"Sudah tentu kami berbeza pendapat, tetapi sebagai wakil rakyat, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang-orang yang mengundi bagi kami," katanya, mengingatkan semua bahawa ia adalah mandat rakyat terhadap Pakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri.
"Ketika orang ramai menyokong kami dalam pilihan raya yang lalu, mereka meletakkan harapan mereka kepada kami.
Oleh itu, kami perlu mengetepikan semua masalah, ego dan rasa tidak puas hati peribadi kita demi rakyat," tambah Azmin. Daya maju Pakatan sebagai sebuah parti politik dipersoalkan selepas persengketaan DAP-PAS berkenaan hudud telah dinyalakan semula, dan menjadi lebih buruk dengan kelulusan usul parti Islam itu untuk memutuskan semua hubungan dengan DAP dalam muktamarnya baru-baru ini.
Kepimpinan ulama PAS, yang membersihkan golongan progresif profesional dari semua jawatan tertinggi kecuali satu, bagaimanapun sedang berdolak dalik kerana mereka mendakwa bahawa usul itu masih belum diterima oleh Majlis Syura, sebelum dijadikan dasar parti.
MB Selangor itu juga dilaporkan memberitahu parti-parti yang bertelagah itu supaya tidak menumpukan terhadap masalah, dan berusaha mencari penyelesaian. "Jangan melihat krisis sebagai kelemahan. Jangan melihat ia sebagai satu masalah.
Krisis ini perlu dilihat sebagai peluang kepada semua pemimpin untuk mengenepikan ego mereka dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka," kata Azmin.
Perlu diingatkan bahawa walaupun falsafah politik bertentangan DAP dan PAS pada masa-masa tertentu hampir bersifat emosi, konflik antara kedua-dua sebenarnya diburukkan lagi oleh perbalahan dalaman di antara puak-puak dalam PKR.
Sebagai contoh, Serampang Kajang PKR dan seterusnya krisis MB Selangor, kedua-duanya adalah disebabkan konspirasi untuk menjatuhkan menteri besar ketika itu, Khalid Abu Bakar, kerana orang-orang lain dalam parti itu sedang mengintai kerusinya.
Walaupun PAS dan DAP mungkin telah menggunakan kedua-dua peluang ini untuk menyerang satu sama lain, kita tidak boleh menafikan bahawa kesilapan PKR sendiri yang menjadikan keadaan semakin buruk.
Mungkin, ia yang telah mencetuskan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keadaan semasa yang menyedihkan.
PKR mungkin sedang menuai apa yang telah ia tanam di masa lalu. Dan adalah ironis untuk Azmin memberitahu DAP dan PAS supaya ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan harus menjaga mandat rakyat, dan mengetepikan konflik peribadi dan partisan. Ironis kerana ia adalah partinya sendiri, jika bukan beliau sendiri, yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Khalid, MB Pakatan yang telah ‘diundi’ rakyat.
Walau apa pun, mungkin Azmin boleh menafikannya, tetapi dia perlu membuat pilihan itu, dan secepat mungkin.
Melainkan keajaiban berlaku dan sama ada ketokohan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan boleh menyembuhkan Pakatan sekali lagi, atau presiden parti Wan Azizah Wan Ismail boleh membuat mereka berbaik-baik semula. Tetapi mungkin tidak ada apa yang dapat dilakukan bagi menyatukan Pakatan sekali lagi.
Tetapi kenyataan Azmin tepat bahawa pemerintahan Pakatan di Selangor tidak terjejas oleh krisis itu, kerana PKR hanya memerlukan salah satu daripada PAS atau DAP dan 15 kerusi DUN masing-masing untuk terus membentuk kerajaan Selangor.
Tetapi bentuk kerajaan negeri itu mungkin akan sangat berbeza jika PAS dan DAP terus berenggang. Di akhir hari, PKR harus memilih, dan mereka harus dilihat membuat pilihan yang tepat.
Posted by mountdweller.
Sahkah poligami politik
di Selangor?
PKR Selangor tak boleh ‘berpoligami’, – harus pilih antara DAP atau PAS
07:30PM Jun 10 2015
oleh Hazlan Zakaria
KOMEN: Nampaknya tempoh 'bulan madu' pakatan pembangkang persekutuan
Pakatan Rakyat, yang menempuh 'kebahagiaan berumahtangga’ berikutan
tsunami politik tahun 2008 mungkin akan tamat tidak lama lagi, dan PKR
Selangor perlu memilih antara PAS dan DAP yang telah berenggang.
Apa yang jelas daripada petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh kedua-dua
bekas rakan sepakat ini, adalah PKR tidak boleh 'berpoligami' di negeri
industri ini, kerana ia mesti memilih antara kedua-duanya.
"...Jika dia memilih DAP, maka PAS perlu menarik diri. Tetapi jika dia
memilih PAS, maka DAP perlu keluar," ini adalah 'kata dua' yang
disampaikan oleh DAP Selangor kepada kepimpinan PKR negeri ini.
Tony PuaTony Pua
Seperti yang dilaporkan oleh theSundaily, ketua DAP negeri Tony Pua
berkata sedemikian sebagai mengulas pendapat ketua penerangan PAS Mahfuz
Omar bahawa PKR, yang memimpin kerajaan negeri, kini perlu membuat
pilihan di antara kedua-duanya.
Jika keputusan tidak dibuat, kata Pua, ia bukan sahaja tidak baik kepada
kerajaan negeri tetapi juga bagi parti-parti individu yang membentuk
pakatan itu, dan ini akan melemahkan parti mereka.
Menteri Besar, Azmin Ali dari PKR sebelum ini telah memberitahu
parti-parti itu yang mereka tidak boleh lupa bahawa mereka adalah wakil
rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Azmin dilaporkan mahu kedua-dua parti ini menghentikan persengketaan
mereka, dan terus berkhidmat kepada rakyat.
"Sudah tentu kami berbeza pendapat, tetapi sebagai wakil rakyat, kami
juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang-orang yang
mengundi bagi kami," katanya, mengingatkan semua bahawa ia adalah mandat
rakyat terhadap Pakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan
negeri.
"Ketika orang ramai menyokong kami dalam pilihan raya yang lalu, mereka
meletakkan harapan mereka kepada kami. Oleh itu, kami perlu mengetepikan
semua masalah, ego dan rasa tidak puas hati peribadi kita demi rakyat,"
tambah Azmin.
Daya maju Pakatan sebagai sebuah parti politik dipersoalkan selepas
persengketaan DAP-PAS berkenaan hudud telah dinyalakan semula, dan
menjadi lebih buruk dengan kelulusan usul parti Islam itu untuk
memutuskan semua hubungan dengan DAP dalam muktamarnya baru-baru ini.
Kepimpinan ulama PAS, yang membersihkan golongan progresif profesional
dari semua jawatan tertinggi kecuali satu, bagaimanapun sedang berdolak
dalik kerana mereka mendakwa bahawa usul itu masih belum diterima oleh
Majlis Syura, sebelum dijadikan dasar parti.
MB Selangor itu juga dilaporkan memberitahu parti-parti yang bertelagah
itu supaya tidak menumpukan terhadap masalah, dan berusaha mencari
penyelesaian.
"Jangan melihat krisis sebagai kelemahan. Jangan melihat ia sebagai satu
masalah. Krisis ini perlu dilihat sebagai peluang kepada semua pemimpin
untuk mengenepikan ego mereka dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai
keutamaan mereka," kata Azmin.
Perlu diingatkan bahawa walaupun falsafah politik bertentangan DAP dan
PAS pada masa-masa tertentu hampir bersifat emosi, konflik antara
kedua-dua sebenarnya diburukkan lagi oleh perbalahan dalaman di antara
puak-puak dalam PKR.
Sebagai contoh, Serampang Kajang PKR dan seterusnya krisis MB Selangor,
kedua-duanya adalah disebabkan konspirasi untuk menjatuhkan menteri
besar ketika itu, Khalid Abu Bakar, kerana orang-orang lain dalam parti
itu sedang mengintai kerusinya.
Walaupun PAS dan DAP mungkin telah menggunakan kedua-dua peluang ini
untuk menyerang satu sama lain, kita tidak boleh menafikan bahawa
kesilapan PKR sendiri yang menjadikan keadaan semakin buruk. Mungkin, ia
yang telah mencetuskan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keadaan
semasa yang menyedihkan.
PKR mungkin sedang menuai apa yang telah ia tanam di masa lalu.
Dan adalah ironis untuk Azmin memberitahu DAP dan PAS supaya ingat
bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan harus menjaga mandat rakyat, dan
mengetepikan konflik peribadi dan partisan.
Ironis kerana ia adalah partinya sendiri, jika bukan beliau sendiri,
yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Khalid, MB Pakatan yang
telah ‘diundi’ rakyat.
Walau apa pun, mungkin Azmin boleh menafikannya, tetapi dia perlu
membuat pilihan itu, dan secepat mungkin.
Melainkan keajaiban berlaku dan sama ada ketokohan ketua umum PKR, Anwar
Ibrahim yang dipenjarakan boleh menyembuhkan Pakatan sekali lagi, atau
presiden parti Wan Azizah Wan Ismail boleh membuat mereka berbaik-baik
semula.
Tetapi mungkin tidak ada apa yang dapat dilakukan bagi menyatukan
Pakatan sekali lagi.
Tetapi kenyataan Azmin tepat bahawa pemerintahan Pakatan di Selangor
tidak terjejas oleh krisis itu, kerana PKR hanya memerlukan salah satu
daripada PAS atau DAP dan 15 kerusi DUN masing-masing untuk terus
membentuk kerajaan Selangor.
Tetapi bentuk kerajaan negeri itu mungkin akan sangat berbeza jika PAS
dan DAP terus berenggang.
Di akhir hari, PKR harus memilih, dan mereka harus dilihat membuat
pilihan yang tepat.
Posted by mountdweller
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.