Asmuni: 'Dewan Ulama perlu akui kesilapannya'
Mokhtar Senik - Pembawa usul dari Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.
“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harianhari ini.
Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.
“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.
Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.
“Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.
“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.