Followers

Tuesday, June 10, 2014

Rakyat sedang perhati..........Mahkamah Tentera Mahkamah tentera pinda 5 tuduhan Mejar Zaidi


 
Mahkamah tentera meminda lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi Ahmad berhubung dakwaan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Pindaan itu dibuat selepas peguam, Hanipa Maidin mengemukakan bantahan pada sidang mahkamah pada April lalu.

Lima pertuduhan bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 kini dipinda kepada pertuduhan bawah Seksyen 51 akta yang sama.

Hanipa sebelum ini membuat bantahan terdapat tuduhan "melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera" yang menurutnya berbeza dengan peruntukan “tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasan” dalam Seksyen 50(2).

Hujahnya lagi, Seksyen 2 akta sama juga tidak mentafsirkan “Majlis Angkatan Tentera” sebagai pegawai atasan Zaidi.

Zaidi, juruterbang tentera udara sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal dan menghantar SMS berbaur politik dan hasutan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.