Followers

Saturday, June 7, 2014

Nenek Syaitan Dera 3 Cucu

Kota Kinabalu: Tangisan kuat tiga beradik akhirnya membongkar perbuatan seorang nenek berusia 47 tahun yang dipercayai mendera cucunya itu dalam kejadian di Taman Jaya Diri, Sepanggar, dekat sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian 11 pagi, suspek ditahan di rumahnya apabila seorang jiran menghubungi polis selepas terdengar tangisan tiga kanak-kanak di rumah dihuni suspek, dipercayai akibat dipukul.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan M Chandra berkata, beberapa jiran mendakwa kerap mendengar tangisan tiga beradik berusia berusia tiga, lapan dan sembilan tahun.

“Jiran suspek mendakwa mendengar tangisan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan sembilan tahun kira-kira jam 9 pagi hingga 10 pagi pada 3 Jun lalu, sebelum menghubungi polis.

“Polis difahamkan, ini bukan kali pertama jiran mangsa mendengar tiga beradik ini menangis, sebaliknya menjadi semakin kerap sejak kebelakangan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Chandra berkata, sebaik ditahan, suspek mengaku memukul cucunya menggunakan pembaris dan tangan dengan alasan nakal.

“Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa saja berada di rumah, manakala ibu mereka sedang menjalani hukuman penjara kerana terbabit dadah.

“Bapa kepada tiga beradik ini juga dipercayai penagih dadah dan sudah lama tidak pulang ke rumah,” katanya.

Suspek direman bagi membantu siasatan, manakala kanak-kanak terbabit dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.