Thursday, June 5, 2014

Gobind Songh Deo Menyalahkan PAS atas Kehilangan 25% Sekongan Bukan Melayu.

Gobind Singh Deo menyalahkan
PAS di atas kehilangan 25%
sokongan bukan Melayu kepada
DAP dalam PRK Teluk Intan dan ini
kenyataannya......

"Ramai yang secara terbuka
menyuarakan kebimbangan
terhadap hasrat Pas untuk
melaksanakan hudud walaupun ia
bukan sebahagian daripada dasar
bersama pembangkang.

"Mereka rasa terpedaya kerana
menyangka Pas tidak lagi
bercadang untuk menubuhkan
sebuah negara Islam apabila
memberi sokongan terhadap parti
itu dalam dua pilihan raya umum
yang lalu," kata Gobind Singh Deo
dalam kenyataan menerusi laman
Facebooknya hari ini.

Sebaliknya Mahfuz Omar
menafikan tuduhan tersebut dengan jelas.....

"Kalau kata orang Cina tak undi
DAP sebab hudud, itu sesuatu
yang pelik sebab semua orang
tahu DAP memang dari dulu lagi
konsisten tak sokong hudud pun.

"Tak kan orang Cina tak percaya
kepada DAP menentang hudud.

"Lain lah kalau orang Cina tak
undi calon PAS sebab PAS mahu
laksanakan hudud," kata Mahfuz
Omar kepada Harakahdaily.

Gobind tak perlu ikut bapanya
kerana itu akan merugikan masa
depan DAP dan PR sendiri. Takkan
Gobind tak sedar bahawa.....

1. Komponen BN bersatu tapi PR
masih berselisih dalam isu yang
telah 'diputuskan'. Ini racun dari
BN.

2. BN menjual gula-gula politik
tapi PR sibuk dengan menepis
fitnah yang datang dari jentera
BN.

3. Pengundi-pengun di tua Cina
lebih dekat dengan Mah dari
Dyana kerana masaalah bahasa.

4. SPR main tipu membantu
kemenangan BN. Tengok
perbezaan ketara jumlah keluar
mengundi dengan jumlah kertas
undi yang dikira.

5. DAP menghadapi 2 PRK
Perlimen serentak manakala BN
hanya menyertai 1 PRK saja.
Kekecohan yang ditimbulkan oleh
ayam suruhan BN berlaku di
kedua-dua tempat ini. BN hanya
perlu tumpu di Teluk Intan saja
manakala DAP terpaksa berdepan
dengan onar-onar dari Tasek
Gelugor juga.

6. Bukan calon PAS yang
bertanding di situ dan kaum Cina
yakin DAP menolak hudud. Atau
Gerakan berjaya menarik
sokongan dari kaum Cina di situ.

7. Isu Negara Islam dah tak wujud
lagi kerana DAP sendiri juga
menerima Negara Berkebajikan
oleh PAS.

8. Hudud hanya akan
dilaksanakan kepada orang-orang
Islam saja. Takkan DAP tak tau
perkara ini. Kalo tak masakan DAP
sanggup tawarkan Tadika Hudud
kepada MCA. Atau DAP tidak
menerangkan sejelas-jelasny s
kepada pengundi-pengun dinya.

9. Isu perkauman yang dimainkan
Gerakan berjaya menarik
sokongan pengundi bukan Melayu
d situ. Kerusi bukan Melayu telah
diberikan oleh DAP kepada Melayu
dan BN memainkan isu ini.

10. Pengundi luar ramai yang tak
balik mengundi dan pengundi-
pengundi tempatan yang tak
keluar mengundi menyebabkan
peratusan keluar mengundi
menurun. Penurunan ini
merugikan DAP kerana majoriti
dari mereka itu pembangkang.

Ini belum lagi masuk isu-isu
seperti Askar Melayu Di Raja, ibu
Dyana, UITM dan PERKASA. Kelibat
Ibrahim Ali bersama Dyana dan
ibunya berjaya meracuni
pengundi bukan Melayu. Gerakan
UBN jua memutar cerita sebenar.

Gobind Singh Deo menyalahkan PAS di atas kehilangan 25% sokongan bukan Melayu kepada DAP dalam PRK Teluk Intan dan ini kenyataannya...... 

"Ramai yang secara terbuka menyuarakan kebimbangan terhadap hasrat Pas untuk melaksanakan hudud walaupun ia bukan sebahagian daripada dasar bersama pembangkang. "Mereka rasa terpedaya kerana menyangka Pas tidak lagi bercadang untuk menubuhkan sebuah negara Islam apabila memberi sokongan terhadap parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu," kata Gobind Singh 

Deo dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.   Sebaliknya Mahfuz Omar menafikan tuduhan tersebut dengan jelas..... "Kalau kata orang Cina tak undi DAP sebab hudud, itu sesuatu yang pelik sebab semua orang tahu DAP memang dari dulu lagi konsisten tak sokong hudud pun.

"Tak kan orang Cina tak percaya kepada DAP menentang hudud. "Lain lah kalau orang Cina tak undi calon PAS sebab PAS mahu laksanakan hudud," kata Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Gobind tak perlu ikut bapanya kerana itu akan merugikan masa depan DAP dan PR sendiri. Takkan Gobind tak sedar bahawa.....

1. Komponen BN bersatu tapi PR masih berselisih dalam isu yang telah 'diputuskan'. Ini racun dari BN.

2. BN menjual gula-gula politik tapi PR sibuk dengan menepis fitnah yang datang dari jentera BN.

3. Pengundi-pengundi tua Cina lebih dekat dengan Mah dari Dyana kerana masaalah bahasa.

4. SPR main tipu membantu kemenangan BN. Tengok perbezaan ketara jumlah keluar mengundi dengan jumlah kertas undi yang dikira.

5. DAP menghadapi 2 PRK Perlimen serentak manakala BN hanya menyertai 1 PRK saja. Kekecohan yang ditimbulkan oleh ayam suruhan BN berlaku di kedua-dua tempat ini. BN hanya perlu tumpu di Teluk Intan saja manakala DAP terpaksa berdepan dengan onar-onar dari Tasek Gelugor juga.

6. Bukan calon PAS yang bertanding di situ dan kaum Cina yakin DAP menolak hudud. Atau Gerakan berjaya menarik sokongan dari kaum Cina di situ.

7. Isu Negara Islam dah tak wujud lagi kerana DAP sendiri juga menerima Negara Berkebajikan oleh PAS.

8. Hudud hanya akan dilaksanakan kepada orang-orang Islam saja. Takkan DAP tak tau perkara ini. Kalo tak masakan DAP sanggup tawarkan Tadika Hudud kepada MCA. Atau DAP tidak menerangkan sejelas-jelasnys kepada pengundi-pengundinya.

9. Isu perkauman yang dimainkan Gerakan berjaya menarik sokongan pengundi bukan Melayu d situ. Kerusi bukan Melayu telah diberikan oleh DAP kepada Melayu dan BN memainkan isu ini.

10. Pengundi luar ramai yang tak balik mengundi dan pengundi-pengundi tempatan yang tak keluar mengundi menyebabkan peratusan keluar mengundi menurun. Penurunan ini merugikan DAP kerana majoriti dari mereka itu pembangkang.

Ini belum lagi masuk isu-isu seperti Askar Melayu Di Raja, ibu Dyana, UITM dan PERKASA. Kelibat Ibrahim Ali bersama Dyana dan ibunya berjaya meracuni pengundi bukan Melayu. Gerakan UBN jua memutar cerita sebenar. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.