Followers

Friday, May 30, 2014

Tiada keluar DAP, BN rampas majlis Perwaris, Maslan pula lompat parit - by admin



Sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional  (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri. 

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk  Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.


“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”

“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.


Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.


Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk  Ahmad Maslan.


“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”
 

“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.


Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.


“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.


Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.
 

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.


Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oleh penganjur ketika ditemu bual pemberita.

Sementara itu, Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup hendak melangkah satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.


KL-TODAY.COM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.