Saturday, November 2, 2013

MAKA PROSES MENG"UNFRIEND"KAN TERPAKSA BERMULA

Zaidi Ahmad

dinafikan hak utk melaksanakan amanah sebagai seorang juruterbang pesawat pejuang TUDM, dikenakan 7 pertuduhan dibawah Akta Angkatan tentera 1972 (suatu rekod kerana org yg hisap dadah dan lari dari tugas pun kalau kena maksimum dalam 2 atau 3 tuduhan saja) dan bakal kehilangan elaun jurulatih terbang RM4000 sebulan - semua itu atas satu alasan sahaja iaitu kerana saya telah tampil menyatakan KEBENARAN iaitu DAKWAT SPR TAK KEKAL
Nampaknya tindakan sya itu dianggap sebagai sesuatu yg amat2 besar dosanya sehingga sya dilayan sedemikian rupa. Namun disebalik kedukaan ada kegembiraan terutama diatas sokongan padu sebilangan rakan2 termasuk dlm FB. 
Sekali lagi sya berterimakasih kepada sdra2 smua terutama yg telah sudi membeli buku sya dan juga respon kpada msg sya tentang takaful. 
Skrg jumlah friend sya sudah mencecah max 5000 org jd sya terpaksa meng"unfriend"kan sebahagian kerana ramai lgi yg berhasrat menjadi friend sya. 
Sya minta maaf kerana yg bakal memasuki senarai operasi "unfriend" sya terutama skali ialah mereka2 yg menunjukkan akhlak2 tidak baik dlm FB seperti post gambar2 tidak berakhlak dan sebagainya, juga mereka2 yg sya hantar msg tntang buku sya dan takaful tetapi diam seribu bahasa, entah kenapa rm15 tu beratnya seolah2 seperti tayar steamroll bgi sesetengah org, mungkin mereka terlalu miskin utk membantu seorang shabatnya yg memerlukan atau mungkin juga mereka terlalu kaya dan memandang urusan masuk/transfer RM15 terlalu remeh bagi mereka, apapun sya akui itu hak masing2 kemana rezeki masing2 nk dibelanjakan, hak yg ada pada sya hanyalah hak untuk meng"unfriend"kan sesiapa yg sya mahu. 
Sekian dulu kepada sesiapa yg bakal sya "unfriend"kan selepas ini sya mohon maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan kepada tuan/puan, sekian dulu, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.