Monday, November 4, 2013

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Raja Kamarul Bahrin.

 
[Khabar dari Parlimen]
Tengah hari tadi sempat menyaksikan ucapan perbahasan Bajet 2014 oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Raja Kamarul Bahrin.
Sungguh menarik ucapan beliau yang sarat dengan fakta dan hujah, walaupun diberikan masa hanya 15 minit... Antara isu yang dibangkitkan ialah;
1)  Tiada pengajaran yang diambil tiap kali Laporan Audit Negara dibentangkan. Contohnya ada 2 projek di Terengganu yang dibuat secara tender terus.
a)projek pembinaan pusat bebas cukai di hutan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. Projek ini belum dapat kelulusan sepenuhnya tetapi RM 300 Juta sudah dibelanjakan.
b) projek penambakan muka kuala Sungai Terengganu. Projek ini bernilai RM150 Juta tetapi kajian kesan alam sekitar dan hidrologi yang patut dibuat tidak dilaksanakan.

2) Timbalan Menteri Kerjaraya berkata kontraktor bermasalah akan disenaraihitamkan. Namun di Terengganu, kes bumbung masjid runtuh pada 2009 dan yang terbaru 2013 dibina oleh kontraktor yang sama. Projek lain juga kini masih diberikan kepada kontraktor tersebut.
Jika isu kalimah Allah ramai yang prihatin,bagaimana pula dengan rumah Allah..? Nyawa jamaah yang sedang beribadah terancam dek kerana projek bermasalah

3) Sudah 3 kali soalan beliau dalam sidang parlimen berkenaan siapa yang bertanggungjawab dan bersalah dalam isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan namun sehingga sekarang belum ada jawapan.

4)Isu Cukai GST- semua akan terkena dan yang paling malangnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai impak paling teruk. Kata beliau "Now everyone can cry".
Kerajaan menyembunyikan fakta berkenaan GST di Singapura. Di awal pelaksanaannya ia bermula dengan sekadar 3% selama 9 tahun sebelum naik kpd 4% dan selama 4 tahun lg untuk naik kepada 7%, ..
Malaysia terus laksana dengan 6% sedangkan Malaysia agak ketinggalan berbanding Singapura yang berstatus negara maju danb mempunyai kadar kemiskinan yang rendah.

5) Isu Bumiputera
Jurang kemiskinan kian melebar antara kaya dan miskin. JIka dahulunya pada 1970-RM1000 kini pada 2012-RM9000..
40 individu terkaya di Malaysia mengawal  25% daripada kekayaan Negara
80% orang Bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana.

Kes di Kuala Terengganu,Pasaraya Sabasun yang dimiliki oleh orang Melayu Bumiputera Islam terpaksa bersaing dgn Pasaraya Besar Giant & Mydin selama 12 tahun..Malangnya kini, kerajaan tidak memperbaharui lesen perniagaannya bermula Januari 2013.. Cadangannya untuyk membina pasaraya kedua di Gong Badak pula ditolak sedangkan Pasaraya Giant pula  pula dibina.. Adakah ini dikatakan Hidup Melayu..??

6) 3 negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, dan Terengganu tetapi termasuk sebagai negeri termiskin.. Ini masalahnya apabila tidak amanah.
Lihat contoh negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang berjaya mentadbir denga cemerlang walaupun serba kekurangan.
7) Beliau mengakhiri ucapan dengan ungkapan;
"Tempayan yang bocor sebelum ditambah air, hendaklah ditampal dahulu."
"Di mana ada hutan dan semak di situ ada duri, di mana ada wang dan minyak di situ ada pencuri."

**Pengalaman berurusan dengan YB Datuk Raja Kamarul ini, beliau seorang yang begitu merendah diri sedangkan beliau orang hebat. Beliaulah arkitek ternama yang merekabentuk Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu, dan Istana Melawati Putrajaya. Seorang yang mesra,mudah didekati dan ringan mulut untuk melafazkan ucapan 'terima kasih'. Mungkin generasi muda tidak ramai yang tahu kisah keberanian beliau pada tahun 1992 'melarikan' 2 anaknya dari Australia hanya dengan menaiki bot demi menyelamatkan akidah anaknya..
 
[Khabar dari Parlimen]

Tengah hari tadi sempat menyaksikan ucapan perbahasan Bajet 2014 oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Raja Kamarul Bahrin.

Sungguh menarik ucapan beliau yang sarat dengan fakta dan hujah, walaupun diberikan masa hanya 15 minit... Antara isu yang dibangkitkan ialah;

1) Tiada pengajaran yang diambil tiap kali Laporan Audit Negara dibentangkan. Contohnya ada 2 projek di Terengganu yang dibuat secara tender terus.

a)projek pembinaan pusat bebas cukai di hutan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. Projek ini belum dapat kelulusan sepenuhnya tetapi RM 300 Juta sudah dibelanjakan.

b) projek penambakan muka kuala Sungai Terengganu. Projek ini bernilai RM150 Juta tetapi kajian kesan alam sekitar dan hidrologi yang patut dibuat tidak dilaksanakan.

2) Timbalan Menteri Kerjaraya berkata kontraktor bermasalah akan disenaraihitamkan. Namun di Terengganu, kes bumbung masjid runtuh pada 2009 dan yang terbaru 2013 dibina oleh kontraktor yang sama. Projek lain juga kini masih diberikan kepada kontraktor tersebut.

Jika isu kalimah Allah ramai yang prihatin,bagaimana pula dengan rumah Allah..? Nyawa jamaah yang sedang beribadah terancam dek kerana projek bermasalah

3) Sudah 3 kali soalan beliau dalam sidang parlimen berkenaan siapa yang bertanggungjawab dan bersalah dalam isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan namun sehingga sekarang belum ada jawapan.

4)Isu Cukai GST- semua akan terkena dan yang paling malangnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai impak paling teruk. Kata beliau "Now everyone can cry".

Kerajaan menyembunyikan fakta berkenaan GST di Singapura. Di awal pelaksanaannya ia bermula dengan sekadar 3% selama 9 tahun sebelum naik kpd 4% dan selama 4 tahun lg untuk naik kepada 7%, ..

Malaysia terus laksana dengan 6% sedangkan Malaysia agak ketinggalan berbanding Singapura yang berstatus negara maju danb mempunyai kadar kemiskinan yang rendah.

5) Isu Bumiputera

Jurang kemiskinan kian melebar antara kaya dan miskin. JIka dahulunya pada 1970-RM1000 kini pada 2012-RM9000..

40 individu terkaya di Malaysia mengawal 25% daripada kekayaan Negara
80% orang Bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana.

Kes di Kuala Terengganu,Pasaraya Sabasun yang dimiliki oleh orang Melayu Bumiputera Islam terpaksa bersaing dgn Pasaraya Besar Giant & Mydin selama 12 tahun..Malangnya kini, kerajaan tidak memperbaharui lesen perniagaannya bermula Januari 2013.. 
 
Cadangannya untuyk membina pasaraya kedua di Gong Badak pula ditolak sedangkan Pasaraya Giant pula pula dibina.. Adakah ini dikatakan Hidup Melayu..??

6) 3 negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, dan Terengganu tetapi termasuk sebagai negeri termiskin.. Ini masalahnya apabila tidak amanah.

Lihat contoh negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang berjaya mentadbir denga cemerlang walaupun serba kekurangan.

7) Beliau mengakhiri ucapan dengan ungkapan;

"Tempayan yang bocor sebelum ditambah air, hendaklah ditampal dahulu."

"Di mana ada hutan dan semak di situ ada duri, di mana ada wang dan minyak di situ ada pencuri."

**Pengalaman berurusan dengan YB Datuk Raja Kamarul ini, beliau seorang yang begitu merendah diri sedangkan beliau orang hebat. Beliaulah arkitek ternama yang merekabentuk Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu, dan Istana Melawati Putrajaya. Seorang yang mesra,mudah didekati dan ringan mulut untuk melafazkan ucapan 'terima kasih'. 
 
Mungkin generasi muda tidak ramai yang tahu kisah keberanian beliau pada tahun 1992 'melarikan' 2 anaknya dari Australia hanya dengan menaiki bot demi menyelamatkan akidah anaknya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.