Tuesday, October 29, 2013

VIDEO - Anwar: Najib tak hadir bahas bajet kerana 'angkuh kuasa'



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak menghadirkan diri semasa ucapan Bajet 2014 yang dibentangkannya Jumaat lalu dibahas di Dewan Rakyat hari ini. 
Katanya, tindakan Najib selaku Menteri kewangan dan sesetengah menteri kanan yang tidak hadir adalah kerana "keangkuhan kuasa" sehingga tidak mahu mendengar apa yang ingin dibahaskan pembangkang.

Cen Polo
 
Dalam amalan biasa negara demokrasi seorang presiden atau perdana menteri akan membentangkan belanjawan pada setiap tahun sebagai suatu perancangan bagaimana hasil negara akan disalurkan dan bagaimana secara kasar negara akan dibangunkan. 
 
Setelah dibentang, akan ada sesi dalam parlimen di mana ke semua MP sama ada dari pihak parti pemerintah ataupun pembangkang akan membahas setiap inci belanjaan tersebut. 
 
Tidak kisah lah perbahasan dalam bentuk sokongan mahupun membantah agar belanjawan yang dibentang, jika ada cacat celanya boleh diperbaiki. 
 
Malangnya Malaysia, bila mana belanjawan dibentang dengan defisit yang menakutkan pakar ekonomi negara, pada hari ia akan dibahaskan, kebanyakan MP bertaraf menteri kabinet tidak hadir ke Parlimen. 
 
Lebih malang perdana menteri nya sendiri ke Landon. Celaka sungguh!
 
Disini PM hanya membentangkan, bila sesi soal jawab, dia lari menyembunyikan diri, kerana tidak ada hujah yang konkrit untuk menyokong segala tindakan nya dalam menaikkan harga barang dan potongan subsidi... Ini lah standard PM yang ada dalam negara kita - LOW CLASS !!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.