KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru,
Sim Tze Tzin hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.
Menurut Tze Tzin, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.
"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.
"...hasil semakan mendapati terdapat 17
rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan
dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari
ini.
Semalam penyokong BN Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu
dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66
juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika
Syarikat, China, Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam
internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala
ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan
usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan
Rakyat semalam.
Mengulas lanjut Tze Tzin menegaskan ahli Parlimen itu perlu menjawab kepada rakyat Malaysia tentang perkara ini.
"Ahli Parlimen Renggam perlu menampilkan
bukti yang jelas, jangan hanya melihat kepada sumber yang tidak
mempunyai bukti konkrit," katanya di lobi Parlimen hari ini. -SH
Batu Vs Kayu

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.