Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.
Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan
ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.
Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya
telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam
laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada
plaintif.
Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri
Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu
(M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah
Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan
mahkamah ini.
Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila
mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar
belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap
Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian.
Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara
yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan
defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama.
“Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada
harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor
salah guna wang rakyat.
“Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil,” jelasnya.
Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat
walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat
pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif.
“Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan
tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah
dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter
plaintif,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur
dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu.
“Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini
berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik
membuat fitnah.
“Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang
dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata
fitnah sama sekali,” jelasnya lagi.
Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman
akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan
beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor
kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012.
-HD
Ulasan GB
Alhamdulillah, rezeki Datuk Nizar.
Jangan lupakan GB Datuk Seri.... daripada RM250,000 tu belanja GB RM250 pun jadilah... hehehe
Apa-apa pun tahniah daripada GB, belum sempat pun ucap sempena kemenangan sebagai ADUN Changkat Jering.
Ulasan GB
Alhamdulillah, rezeki Datuk Nizar.
Jangan lupakan GB Datuk Seri.... daripada RM250,000 tu belanja GB RM250 pun jadilah... hehehe
Apa-apa pun tahniah daripada GB, belum sempat pun ucap sempena kemenangan sebagai ADUN Changkat Jering.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.