Menurutnya, satu tindakan yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.
Tengku
Razaeigh bagaimanapun, berkata, ia boleh dipercepatkan dengan
mempelajari dan melihat kepada model yang telah terbukti berjaya di
negara China, Korea Selatan dan Finland.
“Kita
juga gagal dalam mempersiapkan tenaga mahir dan berketrampilan. Kurang
lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan swasta dan MNC lebih
cenderung memilih graduan dari luar sistem kita.
“Renunglah
apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih,
seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang
kita inginkan.
“Daripada
empat tujuan yang saya sebutkan tadi, tiga masih gagal. Kita gagal
dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam
ilmu kerana kerana kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada
memanfaat teknologi daripada mencipta teknologi,” katanya di majlis
makan malam anjuran badan bukan kerajaan mengenai pelajaran di Kuala
Lumpur malam tadi.
Untuk memperbaiki sistem pendidikan, Tengku Razaleigh mengesyorkan supaya mengadakan pelan pendidikan negara 2013-2025.
11 aspek utama
Pelan
ini, katanya antara lain menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan
anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan walaupun tidak mungkin
menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh.
Namun,
katanya, dasar tanpa perlaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin
berjaya. Oleh itu tumpuan khusus harus diberi untuk memantau dan
memastikan perlaksanaannya.
“Kita juga harus menerima sebarang idea untuk pembaikan pelan ini serta diterap dan dilaksanakan bersama,” tambah beliau lagi.
Menurut
Tengku Razaleigh, Malaysia berada di tangga 55 daripada 74 negara yang
menyertai program penlaian pelajar antarabangsa untuk tahun 2009.
Katanya,
dalam penilaian ini sebahagian besar pelajar berumur 15 tahun gagal
memenuhi kelayakan minima – 60% untuk matematik, 44% membaca dan 43%
dalam sains.
Manakala, kajian antarabangsa terhadap mata pelajaran sains dan matematik tahun 2007, juga menghasilkan keputusan hampir sama.
“Secara
purata 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minima dalam kedua-dua
mata pelajaran tersebut.Ia juga menunjukkan penurunan berbanding tahun
2003 dan trend ini pasti mengkhuatirkan.
“Anehnya
ia tidak selaras dengan pencapaian cemerlang di peringkat nasional yang
hampir setiap tahun dihebah-hebahkan secara besar-besaran?
“Apakah
sistem penilaian kita rendah, tidak menepati standard dan tidak tepat
sehingga kita cemerlang menurutnya tetapi gagal berprestasi apabila
berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif.” tambah
Tengku Razaleigh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.