Friday, July 5, 2013
Lim minta ADUN buktikan dakwaan doktor rasis - Susan Loone
Lim berkata, Roslan perlu mendedahkan nama doktor berkenaan untuk membolehkan siasatan dan tindakan dikenakan ke atas doktor terbabit.
Katanya, maklumat terbabit perlu disalurkan kepada anggota exco yang bertanggungjawab ke atas kesihatan, Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) untuk mengelakkan syak wasangka di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Beliau mengulas dakwaan Roslan pada hari Rabu lalu dalam ucapan di DUN, bahawa tiga doktor berketurunan Cina di Seberang Jaya dan Kepala Batal enggan merawat pesakit Melayu.
Lim berkata, Roslan harus menarik balik dakwaan berkenaan dan memohon maaf kepada semua doktor di negara ini sekiranya gagal membuktikan dakwaan terbabit.
Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.