[HM] Beijing: Golongan kaya di China menghabiskan ribuan ringgit untuk
mendapatkan susu badan hingga mendorong wanita untuk menjadi ibu susuan.
Perkembangan ganjil itu menyaksikan peningkatan orang dewasa membeli
susu badan atau meminumnya terus dari ibu susuan atau selepas ia
diperah.
Laporan perkhidmatan itu mencetuskan kemarahan di China dengan puluhan ribu menyelarnya dalam laman web Sino Weibo.
Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, agensi pembantu rumah
menawarkan khidmat ibu susuan untuk kanak-kanak baru lahir, pesakit atau
sesiapa yang sanggup membayar 16,000 yuan (RM13,000) sebulan.
Pelanggan berkata, mereka inginkan nutrisi yang terkandung dalam susu itu.
“Pelanggan dewasa boleh minumnya seperti bayi atau dari pam payu dara
jika mereka malu,” kata Lin Jun, pemilik syarikat yang menawarkan
khidmat itu. - Agensi
Duniacacamarba

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.