Thursday, July 4, 2013

Hasil Selangor meningkat kepada RM1.952 bilion

 
Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil yang dipungut setiap tahun daripada RM1.516 bilion pada 2008 kepada RM1.952 bilion pada 2012.

Pertambahan itu juga menunjukkan sumber dari hasil bukan cukai mencatatkan peningkatan paling ketara dari RM 678 juta setahun pada 2008 melonjak kepada RM1.146 bilion setahun pada 2012.

Ini sekaligus menjadi suatu sumber berpontensi sebagai penjana pendapatan Kerajaan Negeri pada masa depan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil cukai turut meningkat dari RM 495 juta setahun pada 2008 kepada RM 553 juta setahun pada 2012.

Manakala terimaan bukan hasil pula RM 343 juta pada 2008 jatuh kepada RM 255 juta pada 2012.

“Hasil bukan cukai adalah hasil yang berpontensi jana pendapatan negeri iaitu dari hasil premium tanah dan juga royalti oleh mereka yang menggunakan sumber negeri,” ujar Abdul Khalid ketika berucap di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Abdul Khalid menambah lagi, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Kewangan Negara agar cukai pendapatan yang dikutip Kerajaan Persekutuan di Selangor dikembalikan melalui penarikan cukai.

- Selangorku

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.