Naib
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan
memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam
pilihan raya umum ke-13 di Perak.
Selain itu, beliau turut meramalkan, Anwar juga mungkin tidak akan bertanding di kerusi yang telah dimenangi Umno di negeri itu.
"Saya
pasti dia akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama
ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.
"Kita
akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas
menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) hari ini.
Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata:
"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."
Selain
itu, ditanya sama ada BN akan menang di Perak dengan dua pertiga
majoriti, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, kerja keras yang
luar biasa perlu dilakukan untuk merealisasikannya.
Beliau juga
berkata, selain memastikan kerusi yang dimenangi sebelum ini kekal, BN
Perak juga akan memastikan peristiwa pada tahun 2008 berulang kembali.
"Insya-Allah.
BN Perak akan menang tapi untuk dapat dua pertiga, kita perlukan kerja
yang luar biasa. Tapi kita yakin pengundi Melayu dan India memberi
sokongan yang kuat namun kita akan usaha untuk dapatkan undi yang
melebihi daripada (jumlah) undi yang di berikan pada 2008.
"Fokus bukan sahaja di kawasan (yang menang tipis) berkenaan tetapi pengekalan kawasan berkenaan.
"Kita tak mahu peristiwa 2008 berulang lagi di kawasan itu," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.