v
Sehubungan
dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di
jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam
tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih
yang akan di gunapakai untuk PRU13 perlu di umumkan juga.
Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan
ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR
kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah
seharusnya merupakan DPI SK4 2012.
Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah
pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan
menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama
mereka akan dipotong akibat pembersihan ini.
SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR)
bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari
penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.
Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak
sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang
sudah-sudah.
Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara
faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR.
Rakyat sedang memerhati.
------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President
Twitter @fuziah99
www.fuziahsalleh.my
A137 Jalan Beserah
Kuantan, Pahang.
09-5138300
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sharpshooter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.