Lima
negeri yang dijangka akan jatuh dan bertukar tangan daripada umno/BN
kepada pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah negeri Johor,
Melaka, negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.
Persoalan
yang timbul, bagaimana pula dengan negeri Kedah dan Selangor. Apakah
Kedah Selangor masih kekal di tangan PAS dan parti Keadilan rakyat.
Pada
hemat penulis, Kedah dan Selangor belum tentu selamat. Kedah sedang
berhadepand engan krisis kepimpinan, manakala Selangor berhadepand
dengan kemasukan pengundi luar yang jumlahnya sangat tidak munasabah.
Negeri Johor kubu kuat umno/BN, Terengganu dan Melaka belum boleh dimasukkan negeri negeri yang akan tumbang pada PRU 13 ini.
Akan
tetapi Perak dan negeri Sembilan semacam dapat disahkan merupakan dua
negeri yang akan tumbang dan jatuh kepada Pakatan Rakyat.
Atas sebab itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah nyatakan yang dia akan bertanding di Perak pada PRU 13 ini.
Hendak
kata beliau akan bertanding parlimen semacam tak sahih kerana parlimen
Ipoh Timor sudah diumumkan bahawa Thomas Su akan diletak bertanding di
parlimen.
Parlimen Ipoh Timor adalah parlimen selamat yang ditinggalkan Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah Johor.
Mana
lagi parleimen yang selamat untuk Anwar bertanding. Adakah ada calon DAP
sanggup berkorban apa saja untuk memberi laluan kepada penasihat PR
itu.
Oleh
itu, ada kemungkinan Anwar Ibrahim akan diberi tempat bertanding di DUN
dan parlimen dengan harapan gagal ke putrajaya dan berjaya menjadi
menteri besar Perak macam Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor pada PRU 12
lepas.
Sangat
munasabah apa yang penulis nyatakan ini. Lebih lebih lagi Anwar sendiri
(sinar Harian) menyatakan yang dia akan bertanding di Perak pada PRU 13
ini yang dikatakan akan diadakan awal Mei 2013.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.