KUALA LUMPUR:
Dalam perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir
Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3, Pengarang Urusan Kumpulan Editor
Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah mengakui bahawa TV3
tidak membuat sebarang usaha untuk pengesahan daripada sumber asalnya.
Ketika
diajukan soalan oleh Peguam mewakili Nizar, Mohd Fitri Asmuni, defendan
(Ashraf) bersetuju ianya perlu dibuat sedemikian mengikut etika dan
amalan media.
Ashraf
yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang tersebut turut
bersetuju isu yang dilaporkan oleh TV3 menerusi Buletin Utama 30 Mei
tahun lalu berkenaan Twitter plaintif (Mohammad Nizar) adalah isu besar
dan serius.
Ini kerana ianya melibatkan Plaintif sebagai tokoh politik dan Istitusi Di Raja iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Defenden
turut bersetuju bahawa dalam kes-kes yang dianggap serius sebegini,
sekiranya defendan-defendan gagal mendapatkan pengesahan sebelum sesuatu
berita itu diterbitkan, ianya akan menjejaskan salah satu pihak.
Sementara
itu, Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak mendakwa, TV3
telah memutar belitkan kenyataannya di laman sosial tersebut yang
langsung tidak menyebut Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk
membida nombor kenderaan WWW1.
Jelas beliau, TV3 perlu menyemak tentang kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan kepada umum.
Katanya,
ianya mungkin bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli
politik, ahli parlimen dan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Jelas
beliau, penyiaran berita yang diputarbelitkan itu berniat jahat untuk
memberi gambaran negatif terhadapnya berkaitan dengan istitusi Di Raja.
Ahli
Parlimen Bukit Gantang itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman
media tersebut sebanyak RM50 juta selepas memfitnah beliau mengatakan
Nizar menuduh Sultan Johor untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga
RM520 ribu.
Perbicaraan tersebut berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ditangguhkan dan akan bersambung Jumaat ini.
Turut
hadir memberi sokongan ialah Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham,
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dan Penolong
Setiausaha PAS Perak, Safarizal Saleh.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.