Followers

Wednesday, January 2, 2013

Rosmah Kantoi!! 19 Invois Pembelian Permata Oleh Deepak Terbarai.. Posted by Addin Deen

Belum pun sempat perdana menteri, Najib Altantuya menghembus nafas 'lega', hari ini satu lagi 'bom berangkai' diletupkan!
 
KEADILAN sebentar tadi mendedahkan 19 invois pembelian barangan kemas termasuk cincin bernilai USD3.9 juta (RM11.7 juta) dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor.
 
Sekali lagi Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli membongkarkan perkara itu yang mengatakan bahawa dokumen tersebut diperolehi menerusi sumber ketiga yang tidak didedahkan.

Pembelian barang kemas tersebut dilakukan di Hong Kong dan dipercayai digunakan melalui syarikat perniagaan yang dikendalikan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan untuk isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Rosmah yang dibayar oleh beliau.

Deepak semalam menepati janjinya apabila mendedahkan siri pertama pendedahan di sebalik penarikan akuan bersumpah (SD) pertama dan penerbitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dikaitkan dengan Najib Altantuya.

Rafizi menambah, urusniaga itu dipercayai sebagai satu cara untuk 'menutup mulut' Deepak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat perkara itu.Untuk keseluruhan maklumat .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.