Followers

Wednesday, January 2, 2013

Nak buka Felda dulu kawasan hutan digondolkan juga - Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

 


Tebang balak untuk ladang zaman PR, kerajaan dapat jugak duit balak untuk kebajikan rakyat, tebang balak laluan TEKIH zaman BN hangpa songlap pi mana duit RM3 juta tu? 

 


PADANG TERAP – Terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha kerajaan negeri untuk bangunkan hutan di Charok Genting Bunga menjadi ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia.

Mereka mengatakan kerajaan negeri rakus menebang balak serta penggondolan hutan dilakukan dan berselindung di sebalik Projek Ladang Buah-Buahan bagi mengaburi mata rakyat.


Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, jika kita bercakap mengenai isu penebangan hutan, dalam membangunkan Felda juga hutan ditebang untuk tanam kelapa sawit.


“Tapak ini jadi isu besar, seolah-olah kita nak rosakkan alam sekitar. Sekarang kita tebang sebab nak tanam semula, nak buat ladang buah-buahan untuk tingkatkan hasil pertanian.


“Ada dua isu besar yang dibangkitkan, iaitu mereka kata kita nak rosak alam sekitar dan pencemaran air tasik.

“Masa zaman Tun Razak, di Pahang, di Felda pun tebang habis sebab nak tanam kelapa sawit, sama juga macam nak tanam serai, kena cabut rumput dulu, bukan boleh tanam macam tu saja, sama juga pembinaan laluan TEKIH di atas tanah hutan, maka balak-balak juga perlu ditebang, tetapi tak ada siapa pula yang nak bising kata rakus menebang balak,” ujar beliau.


Menurut beliau, projek ini dibangunkan bawah daripada Tasik Pedu, maka tidak mustahil air dari ladang tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu.


“Tasik Pedu berada lebih tinggi dari ladang buah-buahan ni, jadi air tak boleh masuk dalam Tasik Pedu tu.

“Selain itu, mengikut tafsiran Jabatan Perhutanan, ketinggian tanah mesti berada lebih 700 meter dari paras laut, manakala Jabatan Alam Sekitar lebih daripada 250 meter, kedu-dua ni berada di bawah satu kementerian, jadi kita ikut Jabatan Perhutanan,” jelas beliau.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.