[foto sekadar hiasan]
Pengetua Sekolah Agama Di Tangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapakah Kes Ini Cuba Di Rahsiakan !
KUANTAN,
4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita
seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat
dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua
berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan
seorang GRO.
Berdasarkan
kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit
hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun
mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak
sebenarnya.
Seorang
pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat
dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai
bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan
dibuat oleh majikannya.
Dipercayai,
tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang
lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk
menutup malu. Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya.
Sebelum
ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika
sedang asyik bermain "judi siber". Malah, beliau juga telah banyak
terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat
sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan.
Senario
yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah,
lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak
mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada
pihak lain.
Jika
ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan
berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan
oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar.
Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?.
Ditukar
jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan
tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat.
Kenapa pegawai berkenaan dilindungi?.
Inilah
yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi
mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari
jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP),
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam
Melayu Pahang(MUIP).
Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan.
NOTA:
Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan
ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam.
Tindakan
melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama
seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar.
Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz
yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama.
Namun,
peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang
kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik.
Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para
pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak
kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam.
Akhirnya,
mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai
pengetua sekolah agama. Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan
pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang.
Apatah
lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat
hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat
maksiat.
Justeru
JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada
guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu
caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan
agama kepada yang hak!
sumber : PahangDailyOnline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.