Thursday, November 29, 2012

SANTAPAN ZOHOR: Video Pesta Arak dan Maksiat Di London (Video Dikemaskini)


 

Wow!

Ini baru dikatakan sayang pada agama Islam (memetik kenyataan menempelak Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah yang konon memberi kebenaran kepada orang Melayu supaya bebas menganut agama selain Islam).

Rupanya, seorang ketua agama Islam di salah sebuah negeri di pantai timur Malaysia berseronok meraikan hari jadi 'kembar' yang bertemakan '1881' merujuk kepada hari lahir seorang putera raja dan dirinya sendiri yang sudah pun mencecah umur 81 TAHUN!

Itu dikira 'umur subsidi' jika dibandingkan dengan junjungan kita yang mulia, Nabi Muhammad SAW yang dipanggil menghadap Penciptanya dalam usia 63 tahun.

Hotel di kotaraya London, United Kingdom menjadi saksi betapa seorang ketua agama Islam yang saban minggu minta didoakan supaya panjang umur dan dimurahkan rezeki, sanggup mengkhianati doa rakyat negerinya sendiri yang kais pagi makan capati, kais petang makan habuk roti.


Banyak-banyakkanlah beristighfar apabila melihat video ini, bukan setakat beristighfar melihat parti yang diagungkannya sedang membelasah Pakatan Rakyat kononnya menggadaikan agama, bangsa dan negara!

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.