Wednesday, November 28, 2012

PM Najib Tiada Immuniti Penuh Kata Peguam Scorpene !

Orenji Ren Oren 
Peguam Scorpene, Apoline Cagnat menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan berikutan nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina diantara 7 nama..

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina. 
 
Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan. 
 
Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini. 
 
Peguam Scorpene, Apoline Cagnat menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan berikutan nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina diantara 7 nama..

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina. Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan. Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini. 

Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia. Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.
 

Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.

Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia. 
 
Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.