10 Jari disusun Najib kome: "Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan
Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN
KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan
"pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas
kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.
Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."
"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.
Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.
"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
Kome bacalah lagi
sini: http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-minta-maaf-kesilapan-lalu-mahu-rakyat-terus-sokong-bn-1.108179
Manjadda Wajada
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.