Thursday, January 12, 2012

Benarkah Hasan Ali umum sertai Umno ?

 
“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.

Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
 
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.

“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Sidang media 

Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.

PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.
Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.
Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.

“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.