Sunday, December 5, 2010

SUHAKAM : Polis Keterlaluan !!

KUALA LUMPUR 5 DIS : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara sebagai keterlaluan.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis itu termasuk penangkapan lebih 70 aktivis.

"Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik," kata beliau kepada wartawan di sini.

Beliau turut berjanji akan menghantar laporan SUHAKAM mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.

Bahkan beliau turut mengulangi tekad SUHAKAM akan terus berjuang untuk kebebasan hak asasi manusia.

"Kita rasa perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat," tambah beliau.

Sementara itu, Exco selangor, Elizabeth Wong pula menganggap himpunan ini berjaya kerana memorandum dpt dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya rasa sukses kerana pihak kerajaan telah menyatakan akan memberikan peluang kerajaan selangor menawar semula harga air kepada syabas. Saya rasa suara rakyat hari ini sukses," kata beliau.

MB Serah Memorandum Air : Polis Tahan Peserta Demo



KUALA LUMPUR 5 DIS : Polis menangkap sekurang-kurangnya 70 orang dan manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia bagi menyuraikan perhimpunan bantah kenaikan harga air anjuran kerajaan negeri.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin lain Pakatan Rakyat berjaya menyampaikan memorandum itu kepada wakil Istana Negara sebagaimana yang dirancangkan.

Lebih 15,000 berpakaian baju merah hadir pada perhimpunan itu untuk menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan restu kerajaan persekutuan Umno- Barisan Nasional.

Antara tempat yang menjadi sasaran serangan polis adalah Masjid Negara, dan di hadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu.

Perhimpunan aman itu bertukar menjadi kecoh apabila polis mengangkat senjata dan meriam air untuk menyuraikan hadiran yang tidak melakukan sebarang provokasi.

Sebilangan orang ditangkap dalam Masjid Negara manakala yang lain dalam perkarangan masjid itu dan Stesen KTM.

Polis bertindak liar apabila cuba menghalang Tan Sri Khalid sendiri daripada mengadakan sidang media di depan pintu utama Istana Negara.

Meskipun menjadi sasaran pelbagai provokasi oleh polis, Tan Sri Khalid dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor mencapai hasrat mereka untuk menyampaikan memorandum kepada Istana Negara sebagaimana yang telah diatus dengan wakil Istana.

Antara yang mengiringi Khalid ke Istana Negara ialah Exco kerajan negeri Yaakob Sapari, Elizabeth Wong, Xavier Jayakumar, Iskandar Abdul Samad serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Mereka diiringi ribuan rakyat berbaju merah berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara. Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis merempuh Masjid Negara untuk bertindak ke atas kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang berhimpun di situ.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Sebelum itu dalam ucapannya Tan Sri Khalid menegaskan penswastaan air pada 2004 lalu membebankan rakyat di Selangor ,Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Usaha kerajaan negeri katanya, adalah untuk menghentikan episod kerakusan rejim terdahulu demi kebajikan rakyat. Khalid juga menyeru ribuan peserta supaya berjalan berarak ke istana dengan tenang dan berdisiplin.

Presiden Persatuan Mahasiswa atau Perwasis, Mohamad Izuddin Zaini memberitahu Tv Selangor, pihaknya berkumpul bersama-sama kerajaan negeri atas tiket kuasa pelajar dalam usaha menyokong kempen 'Kembalikan Hak Air kepada Rakyat'.

Lebih 400 wakil mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) turut menyertai perhimpunan pada hari ini.

Penyokong baju merah ditangkap


Kira-kira 47 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' di dalam Masjid Negara apabila polis menyerbu untuk menyuraikan penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.
selangor protest against syabas 20101205 police arrest 03Menurut ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, 32 orang dibawa menaiki trak pertama manakala 15 lagi dibawa menaiki trak kedua.
Mereka ditahan selepa kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.

selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far left

Demo air: Polis tembak gas pemedih mata

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.
selangor water demo - water cannonsMereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak
Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM.
Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.
selangor water demo crowdDifahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.
selangor water demo crowdPada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai.
Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.
Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.
Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

selangor protest against syabas 20101205 student banner 02Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

MB Selangor serah memo di Istana Negara, polis guna gas pemedih lerai perarakan


Peserta himpunan protes air berarak dari kawasan Masjid Negara ke arah Istana Negara. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Perarakan himpunan aman protes isu air Selangor berakhir dengan pertembungan antara para peserta dan polis, tetapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dengan kawalan pasukan keselamatan. Khalid menyerahkan memorandum sebagaimana dirancang kepada Istana Negara untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekitar 2.30 petang tadi.
Kumpulan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) juga menyerahkan mereka kepada Istana Negara dengan polis hanya membenarkan dua kereta menuju ke Istana Negara dari kawasan Stadium Merdeka-Dewan Perhimpunan Cina di Jalan Maharajalela.
Terdahulu polis menghalang perarakan sekitar 1,000 penyokong kumpulan protes air Selangor daripada meneruskan hasrat mereka menuju ke Istana Negara.
Kumpulan itu yang meninggalkan kawasan Masjid Negara sekitar 1.50 tengah hari, ditahan selepas bergerak sejauh 200m.
Ekoran tindakan polis itu, kumpulan itu merempuh sekatan polis di kawasan bangunan KTMB dan menyebabkan anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.
Tinjauan mendapati pasukan FRU melepaskan gas dan air pemedih mata terus-menerus selama setengah jam apabila peserta terus mahu berarak ke arah Istana Negara.

Anggota polis menahan salah seorang peserta himpunan protes air di kawasan bangunan KTMB. — Gambar oleh Jack Ooi
Pasukan polis mengenakan sekatan lalu lintas sejak pagi tadi di beberapa kawasan di Lembah Klang bagi menghalang kehadiran penyokong kedua-dua kumpulan GAPS dan protes air Selangor. Anggota FRU terus melepaskan gas pemedih mata ke atas penyokong protes air berhampiran stesen kereta api lama dekat Masjid Negara. Sekurang-kurangnya 10 tembakan dilepaskan sehingga 2.05 petang tadi.
Pihak polis memberi kata dua kepada peserta perarakan agar bersurai secara aman dan jika tidak akan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mereka.
Ketika kumpulan itu tidak berganjak dengan pendirian mereka, FRU terus melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Sekitar pukul 2.30 petang, FRU terus melepaskan air pemedih mata, menyebabkan sebahagian besar peserta melarikan diri ke arah Masjid Negara.
Mesej menerusi Twitter oleh seorang pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor menyebut Khalid telah menyerahkan memorandum bersama 250,000 tandatangan kepada Istana Negara sekitar 2.30 petang.
Bagaimanapun menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok, polis telah menghalang rombongan delegasi daripada merakamkan sesi penyerahan memorandum.
Selepas Menteri Besar Selangor menyerahkan memorandum polis mula mengambil tindakan terhadap peserta himpunan dan sehingga 3 petang tadi, kira-kira 50 orang ditahan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dilihat mengadakan perbincangan dengan polis agar membebaskan peserta-peserta yang ditahan.

WARNA WARNI DEMO ANTI SYABAS




























































No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.