Followers

Monday, October 11, 2010

SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL - Terkini! Satu Lagi Cara Umno-APCO Menipu Rakyat!

Proton dah tak ada daya saing jual kereta? Senang saja. Cadangkan kepada KERAjaan Umno-APCO buat dasar lupus kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas tidak dibenarkan berada di atas jalan raya!

Dasar ini namanya dalam Bahasa Inggeris, ELV (End-of-Life Vehicle).

Walaupun KERAjaan Umno-APCO kerugian hasil dari segi pungutan cukai melalui cukai jalan, mampuih pi la!

Fatwa Umno-APCO: Kroni mesti diselamatkan dulu baru, rakyat mampus pun takpe!

Inilah satu cara Umno-APCO menipu rakyat!/Jalan Pulang

Dasar Lupus Kereta Lama Hanya Untungkan Kroni Umno-BN, Rakyat Bakal Sengsara

SHAH ALAM 11 Okt - Dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 akan memberi impak negatif dan merupakan malapetaka kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata dasar itu sekaligus membuktikan keputusan kerajaan sebelum ini untuk mengeluarkan kereta buatannya sendiri adalah salah.

Menurut beliau, di antara negara ASEAN, Malaysia merupakan negara tunggal mengeluar dan memasang keretanya sendiri.

"Saya yakin dasar ini hanya untuk menyelamatkan industri automotif negara yang kini mencapai peringkat ketepuan. Dari segi kualiti berbanding kereta buatan luar negara, kita masih lagi ketinggalan dan disebabkan tidak laku di pasaran tempatan maka isu kereta lama yang dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam dijadikan alasan.

"Tambah lagi kerajaan baru-baru ini telah menandatangani dasar terbuka liberisasi untuk menghapuskan dasar perlindungan yang diamalkan Malaysia dan ini termasuk pasaran industri automotif. Maka untuk menyelamatkan Proton kerajaan memperkenalkan ELV supaya kereta lama dapat dilupuskan," jelas beliau kepada Suara Keadilan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.